Thursday 28 June 2012

Khasiat Minyak Habbatus Sauda untuk Kesihatan



Hijik Habbatus Sauda

Bunga Habbatus Sauda


Nabi Muhammad S.A.W. bersabda dalam Haditsnya yang dikutip dari kitab Ash Shahihain
”Gunakanlah Habbatus Sauda’ kerana di dalamnya terdapat sejenis ubat dari segala jenis macam penyakit kecuali As Sam (maut)” (HR.Bukhari, Muslim)


Dalam riwayat yang lain Nabi Muhammad s.a.w bersabda;”

 Tetaplah kamu dengan Habbatus Sauda. Sesungguhnya padanya terdapat ubat bagi segala penyakit, kecuali mati ” (Hadis riwayat Bukhari).

Minyak Jintan hitam adalah minyak yang paling berkhasiat dan menyihatkan yang terdapat pada hari ini. Minyak Jintan hitam juga dikenali sebagai Habbatus sauda yang sangat terkenal di negara-negara Islam terutamanya di negara Arab. Ia juga dipanggil Nigella Sativa ataupun black seed oil dikalangan orang barat. 

Ia bukanlah salah satu daripada minyak-minyak biasa yang sering dipromosikan di laman web kesihatan, tetapi minyak jintan hitam adalah benar-benar bermanfaat yang telah digunakan selama beratus-ratus tahun. Hampir 1400 tahun minyak ini diketahui sejak ia memberikan kesan positif dan ia telah digunakan untuk merawat pelbagai masalah kesihatan dari gemuruh sehinggalah penyakit membawa maut terutamanya berkaitan dengan penyakit jantung. 

Umumnya, manfaat kesihatan bagi Minyak Jintan Hitam dapat disembuhkan khasnya bagi masalah pernafasan. Ini adalah kerana ia mempunyai ejen yang aktif untuk mengelakkan kekejangan dan menjaga saraf yang tenang dan terkawal. Ia juga menyokong fungsi tiub bronkial. 

Minyak ini sangat bermanfaat untuk detoksifikasi dan anti-radang. Malah, ia mempunyai lebih 100 nutrien berbeza yang membantu badan manusia bagi setiap fungsi yang berlainan. Oleh itu, dengan mengambil minyak ini dalam jumlah yang diperlukan, ia dapat mengekalkan badan yang sihat tanpa penggunaan makanan supplemen yang lain. 

Kesan nutrisi 
Beberapa kesan kesihatan minyak jintan hitam dapat diperolehi dengan menyapu pada kulit tubuh badan. Tetapi ia didapati lebih bermanfaat jika diambil secara sedutan dalam tubuh badan dengan dos yang betul setiap hari. 

Antara nutrien penting terdapat dalam minyak ini adalah seperti berikut: 
Lemak asid - Apabila kita berusaha mendapatkan supplemen tambahan untuk kesihatan yang menyediakan asid lemak badan, ia memberi kelegaan kerana tidak perlu lagi mencari minyak lain yang mengandungi kaya dengan lemak asid yang diperlukan. Omega 3 dan Omega 6 asid lemak adalah keperluan utama untuk tubuh badan yang terkandung di dalam minyak ini. Asid lemak juga membantu mencergaskan otak. Untuk mengekalkan fungsi otak yang normal, asid lemak diperlukan dalam jumlah yang mencukupi.

Vitamin dan Mineral 
Ini adalah nutrien utama yang diperlukan untuk tubuh badan. Minyak ini mempunyai banyak protein tumbuh-tumbuhan, thiamin, riboflavin, zink, tembaga, pyridoxine, dan lain-lain nutrien yang boleh membantu badan berfungsi dengan baik. 

Kesan Penyembuhan 
Selain daripada kandungan nutrien yang banyak, ia juga merupakan ubat bagi merawat pelbagai penyakit. Ini adalah salah satu kelebihan menggunakan minyak ini kerana ia boleh memberikan kesihatan yang sempurna dan membantu dalam merawat penyakit. 

Penyakit yang boleh dirawat: 
Asma dan Batuk - minyak ini adalah berguna kerana ia membantu seseorang merasa lebih baik apabila mempunyai penyakit pernafasan. Ia juga boleh digunakan pada bahagian belakang dan dada, dan titisan boleh diletakkan di dalam air dan disedut untuk mengurangkan gejala. Ia juga boleh dicampur dengan teh atau diambil secara langsung tetap memberi kesan yang terbaik. Ia amat berkesan dalam apa jua cara sekalipun contohnya apabila minyak sampai ke tekak dan hidung, ia membuatkan anda berasa lega. 

Penyakit jantung 
Dengan pengambilan minyak ini secara istiqomah, kesihatan jantung terjamin. Ia adalah kerana minyak tersebut dapat melarutkan lemak dan membersihkan saluran darah yang tersumbat. 
Oleh itu, minyak jintan hitam adalah cara terbaik menjaga kesihatan dan sihat.


p/s : kepada kekawan saya mecadang carilah kapsul minyak habbatus sauda ni..banyak di pasaran..terlalu banyak khasiatnya...lagi pun murah takperlu beli ubat2 yang mahal...apa yang penting kita kena yakin apa yang Nabi Muhammad S.A.W cakap Tetaplah kamu dengan Habbatus Sauda. Sesungguhnya padanya terdapat ubat bagi segala penyakit, kecuali mati ” (Hadis riwayat Bukhari).



Sunday 24 June 2012

AMALAN HARIAN....

Sabda Rasulullah SAW:

Barangsiapa yang hafal dan
mengamalkan tujuh kalimah ini akan
dimuliakan oleh Allah dan malaikat dan
akan diampuni dosa-dosanya walau
sebanyak buih di lautan..

1.Bismillahhirrahmannirrahim:
Pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2.Alhamdulliah:
Pada tiap-tiap habis melakukan sesuatu.

3.Astagfirrullah:
Jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk.

4.Insyaallah:
Jika ingin mùelakukan sesuatu pada masa akan datang.

5.Lahaulawalaquataillahbillah:
Bila tidak dapat melakukan sesuatu yang
agak berat atau melihat sesuatu yang
buruk.

6.Innalillah:
Jika menghadapi musibah atau melihat kematian.

7.Laailaahaillallah:
Bacalah sepanjang siang dan malam sebanyak-
banyaknya.amalkanlah selalu moga-moga
kita tergolong dikalangan orang yang
terpilih oleh Allah.

Thursday 21 June 2012

Bawang putih baik untuk kesihatan



Bagi masyarakat awam, bawang putih hanya merupakan sejenis tumbuhan yang sedikit sebanyak berguna untuk dijadikan bahan perencah makanan. Dikalangan masyarakat Melayu tradisional, bawang putih biasanya dimakan sebanyak dua ulas bersekali dengan halia bara sebagai ulam semasa mereka makan nasi. Dengan kaedah ini, angin dalam tubuh mereka dapat dikeluar.  Bangsa Funisia yang menetap di jaluran tanah sempit antara bahagian hujung Timur Laut Mediterranean dengan gunung-gunung di Barat sungai Jordan begitu terkenal dengan pelayaran. Setiap kali belayar, mereka sentiasa membawa bawang putih sebagai bekalan perubatan. Di Bulgaria, bawang putih adalah sebahagian makanan penduduknya setiap hari. Ahli-ahli sukan bangsa Greek juga biasanya memakan bawang putih untuk menambah mutu persembahan sukan mereka di stadium Olympic. Namun bagi mereka yang mendalami sector kesihatan dan perubatan, peranan bawang putih sebenarnya lebih dari itu. Sejak zaman dahulu lagi tumbuhan ini masyhur hinggakan ia turut ditulis dalam penulisan-penulisan ahli-ahli kedoktoran zaman purba seperti Dioscorides (doctor bangsa Greek) dan al-Razi (ahli kedoktoran Islam). Bawang putih juga disebut dalam Kitab-Kitab Perjanjian Lama(Taurat dan Injil), al-Quran dan hadis-hadis Rasulullah.


 Dari sudut sejarah, bawang putih telah digunakan semenjak 7,000 tahun yang lalu oleh bangsa Babylonia, Mesir Purba, Hindu dan Cina. Raja-raja Mesir dahulu (bangsa Qibti) membelanjakan wang sejumlah RM750,000 mengikut nilai sekarang untuk membeli bawang putih sebagai bahan makanan hamba-hamba abdi Bani Israel yang dipaksa membina bangunan-bangunan pyramid di kawasan Cheop dan kira-kira 70 buah lagi yang berselerak di negeri tersebut. Bagi masyarakat Mesir Purba, bawang putih bukan hanya makanan tetapi ia juga adalah ubat bagi semua jenis penyakit seperti penyakit kulit, cacing, gangguan saraf pernafasan dan juga awet muda. Hingga kini, masyarakat Mesir masih lagi menanam bawang putih sepertimana yang pernah diamalkan oleh nenek moyang mereka berabad-abad yang lampau. 
Dalam Perang Dunia Pertama 1914-1918 dan Perang Dunia Kedua, bawang putih digunakan untuk merawat askar-askar yang tercedera. Pada ketika itu, Perkhidmatan Perubatan Britain menggunakan beribu-beribu ton tumbuhan berkhasiat ini. Dalam sekitar tahun 1937, ahli-ahli kimia di Universiti California telah menganalisa kandungan kimia bawang putih dan mendapati ia mengandungi unsur  crotonic aldehyde. Dalam tahun 1944 pula, para ahli sains Russia membuat penyelidikan ke atas bawang putih dan bawang merah. 

Lalu didapati jika kedua-dua jenis bawang ini dimakan secara mentah, ia mampu membunuh bakteria merbahaya. Meskipun begitu, para saintis Russia ini tidak mendapati secara tepat apakah unsur yang terkandung dalam minyak bawang putih yang mampu membunuh bacteria. Mereka hanya menyebutnya sebagai “phytonicides”. Ubat sapu yang dibuat daripada minyak dan kulit bawang putih dan merah jika didedahkan didapati mudah hilang khasiatnya kerana dalam tempoh 10 hingga 15 minit akan hilang kuasa pembunuh kuman.

Kuasanya berkait rapat dengan baunya. Bawang putih merupakan anti biotic asli yang kaya dengan vitamin B dan C serta galian-galian seumpama zink, tembaga, aluminium, mangganam, sulphur dan juga zat besi. Dalam buku “The Home of Health” yang ditulis oleh Dr. Gunn M.D pada tahun 1878 mengesahkan bahawa tumbuhan ini adalah penawar bagi batuk kering, penyakit paru-paru, demam, gangguan cacing dan sebagainya. Dalam German Pharmaceutical Magazine, seorang pensyarah lawatan dan ahli fakulti Universiti Geneva, Dr.Praxis G.Iotrowski menulis tentang pengalamannya menggunakan bawang putih terhadap 100 orang pesakit dan didapati ia dapat menurunkan tekanan darah serta mampu menghapuskan segala gejala sampingan seperti sengal tulang belakang, pening kepala dan mabuk. Ini bererti ia adalah ubat yang paling mujarab sekali untuk penyakit darah tinggi. Tumbuhan ini mampu menurunkan tekanan darah sebanyak 10mm hingga 40mm setelah dua hari memakannya.
Semenjak penemuan ubat-ubat anti biotic, penggunaan bawang putih semakin dilupakan. Ini kerana para doctor umumnya lebih berasa mudah menggunakan ubat anti biotic. Satu factor yang sering dilupai ialah pil-pil antibiotic hanya mampu membunuh kuman-kuman merbahaya itu sahaja tanpa membunuh kuman-kuman lain dalam usus perut  Namun peranan ini dapat dilakukan oleh bawang putih yang merupakan antiseptic yang jauh lebih baik daripada pil-pil tersebut. Orang ramai juga sering lupa bahawa adalah lebih baik dan selamat memakan ubat yang kurang sedikit kuasa penyembuhan tetapi tidak meninggalkan kesan-kesan sampingan atau side effects hingga dapat merosakkan mana-mana bahagian tubuh bilamana unsur-unsur kimia yang berlebihan dalam pil-pil itu berkumpul pada tisu tumbuh. 


Meskipun pil antibiotic berperanan penting dalam perubatan dan pembedahan, namun bahayanya ialah kita akan terdorong untuk terlalu bergantung sangat pada pil-pil tersebut. Dalam masa yang sama kita akan semakin melupai satu hakikat bahawa disamping kewujudan pil-pil “wonder drugs” ini ada juga kaedah penyembuhan secara sunnah Nabi yang dianggap sebagai nature cure yang ternyata lebih baik untuk kesihatan manusia.      
8 Sebab kenapa perlu makan bawang putih
1. Mengurangkan risiko strok
Bawang putih akan merangsang penghasilan nitric oxide pada dinding saluran darah. Ini akan membantu saluran darah untuk mengembang dan seterusnya mengawal tekanan darah dengan baik bagi mengelakkan risiko darah tinggi dan strok.

2. Mengurangkan risiko kanser
Bawang putih kaya dengan bahan antioksidan seperti selenium yang membantu mengurangkan free radical di dalam darah. Ini akan mengurangkan risiko seseorang mendapat kanser.

3. Anti bakteria dan antivirus
Sejenis bahan Allicin yang terkandung di dalam bawang putih ini bertindak sebagai antivirus dan antibakteria dalam memusnahkan beberapa mikrob. Jadi, ianya amat baik untuk jangkitan perut, jangkitan influenza dan sebagainya.

4. Antiinflamasi
Kajian juga menunjukkan bawang putih mempunyai bahan antiinflamasi yang dapat membantu mengurangkan penyakit asma, mengurangkan inflamasi pada arhritis pada sendi seperti rheumatoid atau pun osteoarthritis.

5. Mengandungi banyak iodin
Kandungan iodin yang tinggi di dalam bawang putih amat baik untuk pesakit yang menghidap hypertiroid.

6. Membantu sistem pencernaan
Bawang putih akan merembeskan gastric acid pada lapisan perut yang akan membantu proses pencernaan di dalam saluran makanan.

7. Meningkatkan sistem imunisasi
Ya, terdapat kajian yang mendapati bahawa pengambilan bawang putih sebanyak 2 hingga 3 biji sehari selama tiga minggu akan meningkatkan aktiviti sel darah putih untuk melawan jangkitan dan tumor.

8. Mengurangkan kolesterol dalam tubuh
Kandungan Di-sulphide di dalam bawang putih membantu menurunkan nilai kolesterol di dalam saluran darah dan seterusnya mengurangkan risiko penyakit jantung.

Friday 15 June 2012

kasih ayah..



Ni pic masa aku 6th bersama sama aruah abah ,mak dan abg2 aku....
hari ni hari jumaat..abah meninggal pun hari jumaat....tah tetiba je aku
teringatkan aruah abah...rasa rindu meningatkan memori aku bersama
aruah abah....terlalu banyak jasa aruah abah pada aku....
Dari aku kecik samapai la aku nak mendirikn rumah tangga....
Semua itu tersimpan dlm lipan memori aku.....Insallah...selagi hayat
dikandung bandan...aku x akan lupa jasa mu abah.....
kepada kekawan yg sudah tiada ayah mahupun ibu...jgn
lupa sedekah AL FATIHAH dan AL IHLAS (QUL HUWA ALLAHU AHAD) pada
aruah ayah dan ibu kita....

Lumrah alam...dari hari pertama org yg kita syg meninggal
dan setiap lepas sembahyang...kita tidak akan lupa sedekah pahala
pada mereka.Tapi berapa lama kita boleh bertahan? 1th .....masuk th ke2
seminggu sekali lama lepas tu sebulan sekali lepa tu ingat buat......
macam tu juga menziarah kubur...awal kematian kita kerap
menziarah....lama- lama hari raya pun kita x sempat nak pergi....
Aku pernah terbaca satu hadis Nabi (lebih kurang cam ni la )
Barang sapa masa hidupnya tidak sempat berbakti kepada kedua
org tuanya..menziarahi lah kuburnya pada hari Jumaat...
seolah-olah kamu berbakti padanya..


Ingat la...sapa pun ayah dan ibu kita...(baik ke jahat ke buruk ke)
Dia lah satu satunya ayah dan ibu dlm dunia ini ... tidak ada duanya...
Tapi kini kita ni yg dah jadi ayah or ibu..klu
anak x suka kita....kita boleh buat anak lain...


Tuesday 12 June 2012

Kita tidak akan dapat semua apa yang kita mahu....Tetapi akhirnya kita kan tahu kenapa......mengapa kita tidak dapat apa yang kita mahukan.....kernaTuhan itu lebih mengatahui apa yang tersirat dan tersurat.....


Wednesday 6 June 2012

Rawatan Batu Karang..




Baru baru ni sy tengok TV 9 REMEDI (5/6/2012) berkisarkan Rawatan Batu Karang..
rawantannya sungguh manakjupkan (luar biasa)...ramai org berubat kat sana...
dengarnya satu hari org berubat dgn dia 300 org...ada yang bermalam kat sana
nak ambik nomor geliran...bayaran iklas hati...

sedikit info ke rumah en jamil di Kg Gangsa , Durian Tunggal Melaka.Ikut lebuhraya Utara-Selatan.
keluar melalui exit 231 Ayer Keroh. Dari plaza tol terus memandu ke arah jejantas/jambatan di hadapan.Selepas jejantas/jambatan , belok ke kiri iaitu ke arah Sungai Udang (ada signboard). Terus memandu ikut arah Sg Udang. Dalam perjalanan , boleh nampak PLKN di sebelah kiri.
Setibanya di traffic light yang ke DUA , belok ke kanan (ada signboard Durian Tunggal). Perlahankan kereta. Di sebelah kiri ada gerai kecil dan signboard UMNO bahagian Gangsa. Masuk ke lorong tersebut. Di sebelah kanan ada parking lot (RM2). Selepas parking berjalan ikut lorong tadi. Setibanya di rumah berwarna putih, belok ke kiri. Dihujung lorong ini adalah rumah en Jamil. Ada orang menjual jajan di sebelah kirinya.

so..sesiapa nak berubat ge  la sana...di sini sy ada sediakan alamat dan no fon 
En Jamail..Di fahamkn bukan setakat batu karang je...macam2 jenis penyakit
boleh di rawat...sapa2 yg miss boleh la tengok REMEDI melalui TONTON TV3 
saksikan bagaiman beliau merawat dan mengeluarkan Batu Karang...tu..
cakap banyak nak...x salah klu kita mancuba....semuanya dgn keizin Allah.....

Allah Maha Mengatahui Lagi Bijak Sana....

En Jamil
Kpg Gangsa , Durian Tunggal Melaka
No Tel: 016-6166694
Pusat Rawatan dibuka setiap hari KECUALI Isnin, Khamis Jumaat (jam 6 pagi hingga 4 ptg)




10 Perkara YAHUDI taknak kita tahu...

Tahukah korang sebenarnya banyak benda yang yahudi laknat ni sembunyikan pada pengetahuan umum. 
Jom MK nak dedahkan 10 daripadanya!

1) Israel merupakan salah satu pembekal rokok terbesar dunia, namun rakyatnya tidak digalakkan menghisap rokok yang mereka cipta kerana mereka tahu akan bahana dalam kandungannya!.

2) Israel mempunyai kepakaran dalam mencipta vaksin dan mahir dalam ilmu perubatan, namun ilmu itu hanya untuk orang luar, kerana mereka tahu bahan kimia yang terdapat dalam ubat akan merosakkan untuk satu jangka masa panjang. Penduduk israel sendiri menggunakan Habbatus Sauda dalam perubatan harian.

3) Taktik kaum ibu di Israel ketika mengandung ialah si ibu/ isteri akan mendengar si suami membaca, menyanyi atau mereka akan menyelesaikan masalah matematik bersama-sama untuk mendapat bayi yang bijak dan petah kerana pada ketika ini fikiran dan perasaan si isteri adalah bersambungan dengan anak dalam kandungan berbanding anda bercakap padanya di perut.

4) McDonald di israel telah membuat pengubahsuaian contohnya dari segi minuman. Mereka menggantikan kopi berkafein kepada teh yang mengandungi polyphenols, iaitu unsur kimia yang berfungsi sebagai antioksidan berkekuatan besar untuk membuang sel rosak dan mencegah kanser. Kita disini masih lagi menggunakan KAFEIN BERBAHAYA!

5) Di Israel, mereka akan memakan buah-buahan dahulu sebelum memakan makanan utama. Ini kerana hakikatnya dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah. Sedangkan disini kita dimomokkan dengan memakan buah-buahan sebagai pencuci mulut.

6) Israel terus melakukan berbagai usaha untuk menghancurkan Masjid Al Aqsha dan Qubah Shakhrah sejak 50 tahun yang lalu dengan menggali bawah tanah masjid tersebut agar runtuh dengan sendirinya?

7) Majoriti buku sejarah di dunia mengatakan Negara-negara Arab yang menyerang Israel terlebih dahulu pada perang tahun 1967? Padahal faktanya, Israel yang menyerang Negara-negara Arab terlebih dahulu kemudian mereka merebut kota Al Quds dan Tebing Barat? Tetapi mereka mengatakan serangannya itu adalah serangan untuk menjaga diri dan antisipasi?

8 ) Di Palestin, penduduk kristian Palestin dan Palestin Muslim bersatu melawan penjajah yahudi

9) Pelajar-pelajar di sekolah dilatih dengan taktik ketenteraan dalam bersukan seperti menembak dan mamanah bagi melatih otak memfokus sesuatu perkara dan mempersiapkan diri jika perkhidmatan diperlukan dimasa akan datang.

10) Hosni Mubarak merupakan tulang belakang Israel dan Amerika selama 30 tahun!