Tuesday 22 January 2013

Petua-petua..orang lama..boleh diguna pakai...



1.Petua Untuk Melicin dan Memerahkan Kulit Muka

Ambil sebiji buah tomato masak, lecek hingga halus. Kemudian pupurkan di seluruh muka. Biarkan ia kering selama 20 minit. Bilas dengan air bersih. Amalkan seminggu 2/3 kali.

2.Petua kalau tercekik tulang ikan..

2.1 Ambil mata kail rendamkan dalam segelas air suam...seketika...lepas tu keluarkan mata kail tu selawat      Nabi 3X dan minum air tu...insallah..

2.2 Ambi nasik  dan kepal kepalkan (sebesar ibu jari ) baca selawat Nabi 3X telan...insallah.

3.Petua Untuk Menguatkan Zakar Anda

3.1. Sebelum tidur ambil sedikit minyak urut dan gosokkan dengan laju pada tapak tangan untuk memanaskan tapak tangan anda.

3.2. Jangan gunakan minyak yang panas kerana dikhuatiri akan mencederakan zakar anda.

3.3. Letakkan sedikit minyak tersebut pada jari-jemari tangan dan urut di kelengkang ia itu di antara dubur ke telur zakar. Tekan sedikit dan pastikan urut sehala sahaja, yakni dari dubur mengarah ke telur zakar.

"Kain batik dipakai selendang
Di bawah pusat daging berlubang.
Jangan pegang kepunyaan si Abang
Kalau kena "si urat panjang"
Air setitik menjadi orang."

4.Petua Lelaki Untuk Menguatkan Tenaga Batin

Ambil kayu manis dan tumbuk lumat kesemua kayu manis tadi sehingga ia berubah bentuk menjadi serbuk. Kemudian, campurkannya dengan kuning telur ayam kampung dalam gelas. Kacaukan ia hingga sebati dan minum. Amalkan meminum ramuan ini 2 kali sehari, pada waktu pagi dan petang. Anda akan merasakan perubahannya dan mampu bertahan lebih lama...selamat mencuba..