Sunday 21 September 2014

Amalankan Sunah Nabi



Satu perkongsian sejak kebelakangan ini diperhatikan banyak kematian akibat kanser dkalangan umat Islam di Malaysia. Saya pernah didatangi oleh bekas pelajar MRSM, beliau kini seorang doktor pakar pemakanan dan selalu muncul di Astro Oasis dalam rancangan Agen Halal..

Oh ya.. Siapa disini yang mengenali Doktor Mohd Redza Benjamin.. beliau adalah pesakit yg mengidap penyakit kanser tahap 3 tetapi beliau telah diberi kesempatan oleh Allah SWT untuk terus hidup didunia ini bagi memberi sesuatu perkongsian tentang pengalaman beliau sebagai pengidap kanser.

Dr. Reza pernah berpesan (ketika sakitnya dahulu terlantar di katil hospital) pada ibunya agar jangan membenarkan doktor mencabut talian hayat nya (bantuan oksign) selagi beliau belum benar2 disahkan mati pada ketika itu dia dalam keadaan koma. Dr Reza mohon pada Allah atas segala kebaikan yang dia pernah lakukan sebelum ini supaya dberi peluang kedua untuk hidup dan dapat untuk dia memperbetulkan kesilapan yang telah beliau lakukan.

Kesilapan beliau adalah beliau selalu memberi ceramah kesihatan kepada orang ramai supaya mengamalkn pemakanan mengikut sunnah nabi tetapi malangnya beliau sendiri mengambil ubat-ubatan kimia utk dirinya..jadi beliau telah berlaku hipokrit pada orang ramai dan sejak beliau sedar dari koma, beliau telah mengubah cara pemakanan beliau dan mengesyorkn kepada kita umat Islam agar mengikut sunnah nabi

Sedikit perkongsian:
1-makanlah sayur2 atau buah2an dahulu sebelum ambil makanan lain
2-makan makanan yang Halal & Thoiyyib(suci)
3- Jangan makan berlebih-lebihn (surah Al-A'raf ayat 31)..berhenti sebelum kenyang
4-Perhatikan makanan kamu Surah Abasa ayat 24

INI PERKONGSIAN DARI Dr Reza YG ALLAH DAH LAMA MEMBERITAHU KITA, CUMA RAMAI DARI KITA YANG TIDAK TAHU ATAU BUAT2 TIDAK TAHU...
- cuba perhatikan lobak merah kalau dipotong, apakah bentuknya.. ?seperti mata kan? so dalam kajian sains pun mendapati lobak sebenarnya bagus untuk kesihatan mata
-perhatikan buah tomato-mengandungi licopin-utk merawat jantung.cube belah tomato, lihat ada 4 cabang dalam buah itu, ibarat 4 injap dalam jantung kita. yang sebenarnya makan buah tomato memang amat bagus untuk jantung
-cube perhatikn anggur..bentuk asalnya jika kita ambil setangkai anggur adalah seperti bentuk jantung kita kan? kajian sains pun mengatakan ia bagus untuk jantung
- Cuba perhatikan kacang walnut..kulitnya keras susah nak dipecahkan dan isi didalamnya jika dilihat seperti otak manusia.. ia memang bagus untuk otak..pada ibu2 sila beri anak anda makan walnut supaya otak cerdas dan mudah menghafal terutama anak2 yang menduduki ujian peperiksaan yang besar di hujung tahun.
-cuba perhatikan kidney bean@ kacang merah..bentuk buah pinggang kita kan..?? ia memang bagus untuk rawatan buah pinggang
-batang saleri, bentuknya seperti tulang manusia..memang ia bagus untuk tulang
-buah avocado-perhatikn buahnya dan macamana bentuk isinya..ia seperti rahim perempuan dan ia memang bagus untuk hormon wanita, bukannya untuk rawatan rambut saja..
-buah Thin..kaum adam cuba perhatikan buah Thin ini ia berbentuk seperti apa.. kajian sains mendapati ia bagus untuk kesuburan kaum lelaki.

Yahudi dah banyak menipu kita..mereka kata daging kambing kalau dimakan akan mrnyebabkan terjadinya penyakit darah tinggi.. itu semua satu pembohongan besar dan dakyah Yahudi.. sebenarnya DAGING KAMBING PALING RENDAH KANDUNGAN KOLESTROL, yang kena darah tinggi tu sebab cara masakan kita, contohnya masak daging kambing dengan santan yang berlebihan dan sebagainya..

INI tips untuk menghadapi masalah usus yang penuh dengan selaput @ lapisan sisa makanan yang tersangkut di saluran usus anda , anda boleh mengamalkn cara ini secara berterusan yang disyorkn oleh Dr. Reza ni..kosnya sangat murah dan anda tidak perlu habiskan puluhan ribuan ringgt untuk kos rawatan usus

Ok caranya mudah saja.. anda cuma perlu beli kelapa laut atau Nata d Cocoa.. buang air manisan Nata d Cocoa tu dan ganti dengan air putih..kemudian anda beli 'YAKULT'.. jangan membeli Vitagen kerana Yakult ni mengandungi 90% bakteria baik yang hidup berbanding dengan Vitagen yang hanya mengandungi 80% bakteria mati.. ambil lebih kurang 12-15 kiub Nata d Cocoa tadi cuma campurkan dengan sebotol YAKULT..
Amalkan setiap pagi waktu baru bangun tidor SEBELUM ambil makanan lain@ kalau hendak lebih berkesan buatlah 2 kali sehari sebelum waktu tidor malam.. biar berterusan.. InsyaAllah kesannya najis kita akan lembut dan kotoran yang tersangkut pada usus akn disingkirkan secara perlahan2..kalau anda tengok najis anda berwarna hitam, itu tandanya telah ada tindak balas yang baik dari amalan tadi. Penyingkiran toksid telah berlaku tetapi hal sebegini tidak disebar2kan pada umum..

Tujuan info ini bukan untuk merosakkan mana2 produk kesihatan..cuma Dr. Reza memberitahu kenapa kita mudah kena penyakit kanser tulang, kenapa kita disyorkan untuk mengambil kalsium yang kononnya untuk menguatkan tulang..?? Sebenarnya tubuh badan kita sudah ada kalsium yang mencukupi...oleh itu, bila kita mengambil kalsium tambahan secara berlebihan maka ia akan akan menyebabkan terjadinya kanser tulang.. prosesnya terjadi saya tidak dapat terangkan.. cuba tanya kepada mereka yang bertauliah dan yang mempunyai kepakaran.. cuma saranan Dr. Reza adalah kita cuma amalkan ambil 5 helai pucuk DAUN KARI di buat ulam kerana daun kari mengandungi kalsium yg sangat tinggi.

5 helai daun kari bersamaan dgn dua gelas susu Anlene.. logik akal kita lihatlah kenapa org India suka masak atau makan makanan berasaskan daun kari.. Tulang mereka kuat dan boleh melakukan kerja2 fizikal yg berat2..gigi mereka pun putih dan tahan lama..

Ok lagu satu kawan2 jangan amalkan minum air soya dan elakkan anak2 minum air soya kerana ia penggalak sel kanser dan boleh melemahkan otak..sebenarnya ini semua penipuan dari yahudi..mereka menggalakkan orang Islam minum soya tetapi mereka minum susu kambing yang penuh dengan khasiat yang tinggi..

Mereka juga bijak untuk memusnahkn orang2 Islam secara halus dan melalui perang saraf..
Oleh itu tolong kawal diri anda sendiri, adik beradik, rakan2 kita dan anak2 kita dari leka di media sosial dan berintenet serta elakkan dari menonton rancangan2 TV berbentuk hiburan yg melampau sebab itu semua akan melalaikan kita dari mengingati Allah dan kesan buruknya amat menakutkan kita.. lihatlah saja sekarang.. Macam2 musibah sosial berlaku.. tidak kira kpd orang dewasa, para remaja dan pelbagai lapisan umur..

Saya cuma mmperingatkan diri saya sendiri dan rakan2...yg baik adalah dari Allah SWT dan yg tidak baik datang dari kita sendiri..



Tuesday 11 February 2014

7 Kalimah Jadikan Amalan Harian





Sabda Rasulullah S.A.W :

“Barang siapa hafal tujuh kalimah ini, ia akan dipandang mulia di sisi Allah dan malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih di laut.”

1. Mengucapkan Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2. Mengucapkan Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu
 
3. Mengucapkan Astagfirullah jika lidah terselip perkataan yang tidak patut.
     "Aku memohon ampun kepada Allah" Rasululah s.a.w bersabda yang bermaksud :
    Sesiapa yang sentiasa beristighfar maka Allah akan menjadikannya setiap kesusahan
    itu ada jalan keluar dan pada kesempitan ada cara mengatasinya serta memberi rezeki
    padanya daripada sumber yang tidak disangka-sangka."Riwayat Abu Daud"

4. Mengucapkan InsyaAllah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.

5. Mengucapkan La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.

6. Mengucapkan Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah.

7. Mengucapkan La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang dan malam sehingga tak terpisah dari lidahnya .

Dari tafsir Hanafi, mudah-mudahan ingat, walaupun lambat-lambat mudah-mudahan selalu, walau sambil lalu mudah-mudahan jadi bisa, karana sudah biasa.

p/s : Amalkan 7 kalimah ini dalam kehidupan seharian kita,mudah-mudahan akan menjadi bekalan di alam barzakh dan akhirat kelak.Setiap yang baik itu pasti ada ganjaran yang disediakan oleh Allah. Wallahualam.

Marilah kita saling ingat memperingati antara saudara sesama Islam.


Allah S.W.T berfirman : “Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebaikan dan menyuruh kepada makruf dan mencegah dari yang mungkar, mereka itulah orang-orang yang beruntung.“(Ali Imran : 103-104)





Sunday 9 February 2014

KHASIAT BUNGA CENGKIH.



KHASIAT BUNGA CENGKIH.

1 Menguatkan Paru Paru dan sistem pernafasan.

2. Menguatkan jantung

3. Kesihatan Mata

4. Ketahanan Gigi

5. Menguatkan Ingatan

6 Menghilangkan Sakit Gigi
Cara nya : Sakit Gigi - Giling halus beberapa kuntum bunga cengkih, bunga lawang, asam gelugur, halia dan lada. Sumbatkan pepesan tersebut ke dalam gigi yang lubang. Keredaan sakit gigi akan beransur pulih. Boleh di kunyah bersama halia

7 Menghilangkan rasa mual dan pening
Caranya : Kemam atau hisap bunga cengkih dan mamah sedikit dengan kemenyan putih

8 Menghilangkan Bau Mulut
Caranya : Ambil sekuntum bunga cengkih hidup atau yang telah kering dan kunyah, nafas anda akan berbau harum atau tumbuk lumat sepuluh kuntum bunga cengkeh dan tiga ulas bawang putih kemudian gosokkan kepada gigi dan berkumur hingga bersih lakukannya tiga hari sekali

9 Menghilangkan Bau Peti Sejuk
Cara nya: Untuk menghilangkan bau yang kurang enak, masukkan segelas kecil bunga cengkih kedalamnya selain daripada seketul arang kayu.

10 Radang Hati
Cara nya : Minum susu kambing yang dicampur dengan bunga cengkih dan madu asli. Susu tersebut hendaklah dipanaskan setiap pagi dan petang.

11 Selsema
Caranya :Rebuskan jus halia, bunga cengkih, kulit kayu manis dan lada sulah dengan sukatan sama banyak (satu sudu besar) kedalam 1liter air. Minum air rebusan tersebut ketika masih suam.

12 Sembelit
Caranya : Buah manjakani, buah pala, bunga lawang dan bunga cengkih digiling halus kesemuanya. Bahagikan kepada tiga bahagian sama banyak. Minum sebanyak tiga pagi bersama air suam yang dicampurkan dengan madu dan telur ayam.

13 Mengelak Semut
Cara : Masukkan beberapa kuntum bunga cengkih ke dalam bekas berisi gula bagi mengelakkan semut. Semut akan hilang dan gula berbau harum.

14 Zahir Batin -
  Masakkan bunga cengkih dengan minyak zaitun dan biarkan sejuk. Sapu dan urutkan minyak tersebut pada alat kelamin lelaki beberapa ketika sebelum bersetubuh. Hasilnya kelazatan yang tidak terhingga serta mempercepatkan inzal wanita.

 p/s : No 14 nii kena cuba yg lain x nak cuba pun x pe....hehehe..mesti bini syg gilarrr.....
         klu laki x tau tolong buatkn...pong boleyyy...x de salahnya...together

SELAMAT MENCUBA !


Friday 7 February 2014

Fadhilat doa/tasbih Nabi Yunus a.s.



Sabda Rasulullah SAW maksudnya :
“Barangsiapa mempunyai apa-apa hajat, hendaklah ia berwuduk, kemudian sujud kepada Allah, sambil membaca tasbih Nabi Yunus sebanyak 40 kali dengan cara jari telunjuknya menghadap ke arah kiblat ketika ia sujud. Sesungguhnya sesiapa yang berbuat demikian akan diperkenankan doa dan permintaannya.”

Sabda Rasulullah SAW maksudnya :
“ Sesungguhnya aku ketahui satu kalimah yang apabila dibaca oleh mereka-mereka yang ditimpa bala atau kesusahan, Allah akan lepaskan si pembacanya dari kesusahan. Kalimah tersebut ialah tasbih saudaraku Nabi Yunus a.s.

“ La ilaha illa anta subhaanaka inni kuntu minazzholimiin.”
(Tidak ada tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau. Sungguh aku termasuk orang-orang yang zalim.)

Walaubagaimanapun doa hendaklah seiring dengan usaha kerana itu fitrah manusia dan apabila berdoa beserta dengan sedikit usaha insyaallah kita akan terselamat dari sesuatu malapetaka dari menjadi lebih teruk lagi.

Sunday 17 November 2013

Khutbah Terakhir Nabi Muhammad SAW




9 ZULHIJJAH TAHUN 10 HIJRAH, DI LEMBAH URANAH, GUNUNG 'ARAFAH

"Wahai manusia dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan !!! Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.
Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu pula. Ingatlah bahwa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti akan membuat perhitungan atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba', oleh itu segala urusan yang melibatkan riba' hendaklah dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri kamu, mereka juga mempunyai atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.

Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik! dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu ke atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini. Sembahlah Allah, dirikanlah solat lima kali sehari, berpuasalah di Bulan Ramadhan, tunaikanlah zakat dan harta kekayaan kamu dan kerjakanlah ibadah haji sekiranya mampu.

Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak ada seorangpun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan amal soleh.

Ingatlah bahawa kamu akan mengadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan atas segala apa yang telah kamu lakukan. Oleh itu, awasilah tindak-tanduk kamu agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah disampaikan kepada kamu.

Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku ini menyampaikannya pula kepada orang lain dan hendaklah orang yang lain itu menyampaikannya pula kepada orang lain dan begitu seterusnya.

Semoga orang yang terakhir yang menerimanya lebih memahami kata-kataku ini dari mereka yang mendengar terus dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya aku telah sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba- Mu. "

Friday 27 September 2013

Surprise Parcel ??




19.9.2013 hari kamis...tengah syok buat kerja aku dikejutkan panggilan telifon...dari receptionist dia kata ada parcel untuk aku..Dlm hati tertanya tanya sapa la yg bagi...nak kata ada masuk peraduan x de...kata ada ordre barang dlm online x de juga...Sampai kat bawah aku tengok alamat penghantar parcel tu....aku senyum..aku tahu sapa yg penghantarnya...Apa pun aku nak ucakan terima kasih la sangat sangat..kerna ingat kat aku..Terharu juga aku dibuatnya...appreciate sangat..Saya doakan semoga awak sentiasa dilindugi Allah dan kebaikkan yg awak lakukan...semoga Allah  memberi ganjarannya...
p/s : klu ge oversea lagi ..jgn lupa aku yeee...

Tuesday 30 July 2013

Lirik Lagu Rapuh – Opick







Detik waktu terus berjalan
Berhias gelap dan terang
Suka dan duka
Tangis dan tawa
Tergores bagai lukisan

Seribu mimpi berjuta sepi
Hadir bagai teman sejati
Di antara lelahnya jiwa
Dalam resah dan air mata
Ku persembahkan kepadaMu
Yang terindah dalam hidupku

Meski ku rapuh dalam langkah
Kadang tak setia kepadaMu
Namun cinta dalam jiwa
Hanyalah padaMu

Maafkanlah bila hati
Tak sempurna mencintaiMu
Dalam dada ku harap hanya
Dirimu yang bertakhta

Detik waktu terus berlalu
Semua berakhir padaMu........


TUHAN AKU MENGHADAP PADA MU...BUKAN HANYA DISAAT-SAAT
AKU CINTA PADA MU...TETAPI JUGA DISAAT-SAAT AKU TAK CINTA
MENGERTI TENTANG DIRI MU...DISAAT-SAAT AKU SEOLAH-OLAH
MAHU MEMBERONTAK TERHADAP DKEKUASAAN DIRI MU...
DENGAN DEMIKIAN..YA RABBI AKU BERHARAP 
CINTA KU PADA MU AKAN
PULIH KEMBALI....