Tuesday 30 July 2013

Lirik Lagu Rapuh – Opick







Detik waktu terus berjalan
Berhias gelap dan terang
Suka dan duka
Tangis dan tawa
Tergores bagai lukisan

Seribu mimpi berjuta sepi
Hadir bagai teman sejati
Di antara lelahnya jiwa
Dalam resah dan air mata
Ku persembahkan kepadaMu
Yang terindah dalam hidupku

Meski ku rapuh dalam langkah
Kadang tak setia kepadaMu
Namun cinta dalam jiwa
Hanyalah padaMu

Maafkanlah bila hati
Tak sempurna mencintaiMu
Dalam dada ku harap hanya
Dirimu yang bertakhta

Detik waktu terus berlalu
Semua berakhir padaMu........


TUHAN AKU MENGHADAP PADA MU...BUKAN HANYA DISAAT-SAAT
AKU CINTA PADA MU...TETAPI JUGA DISAAT-SAAT AKU TAK CINTA
MENGERTI TENTANG DIRI MU...DISAAT-SAAT AKU SEOLAH-OLAH
MAHU MEMBERONTAK TERHADAP DKEKUASAAN DIRI MU...
DENGAN DEMIKIAN..YA RABBI AKU BERHARAP 
CINTA KU PADA MU AKAN
PULIH KEMBALI....

Tuesday 23 July 2013

KELEBIHAN SURAT AL-IKHLASH KEPADA PENGAMALNYA..





Rasulullah S.A.W bersabda:

Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka tubuhnya tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya danpara malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. (HR Qurthuby).

SubhanAllah....
Semoga kita bisa mengamalkannya setiap waktu ..

Monday 22 July 2013

Pemakanan Genius Islam


                                                           

Formula pemakanan genius – genius Islam pada masa silam menjadi rahsia keajaiban daya intelek mereka . Formula ini terpendam di dalam kitab – kitab tradisional dalam bahasa Arab.

Kajian Saintifik telah membuktikan kebenarannya terutama pada madu , susu dan telur . Di bawah adalah sebahagiannya yang terbukti berupaya meningkatkan kepintaran dan kekuatan daya ingatan .

1. MADU
Al – Quran mengiktirafkannya sebagai ” SYIFA”. Manisan madu yang digelar sebagai ” RAJA UBAT ” , dapat menyembuhkan kebanyakan penyakit. Kenapa begitu? Sebab madu ada pelbagai jenis vitamin, mineral, protein, antiseptik dan enzim yang dapat meningkatkan daya ingatan dan kecerdasan mental, Malah ada juga kalsium, fosforus, sulfur, zat besi, karbon, magnaseium, potassium ( kalium ), kuprum, silika , klorin, mangganese dan belerang untuk memupuk tenaga dan kesihatan fizikal – mental . Madu sangat berkesan untuk merawat penyakit – penyakit mental dan boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti membaca, berfikir, merancang dan bermesyuarah .

Rasulullah SAW bersabda : ” Siapa ingin menghafal, hendaklah ia minum manisan madu ” .

CARA MINUM : 2 sudu teh pada waktu pagi dan malam .
PANTANG : jangan makan tembikai semasa menggunakan madu.

2. KISMIS
Kismis ada zat besi yang sangat penting untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak . Kalau kurang oksigen jadilah pembaca mudah mengantuk , pelupa , lembab dan mengalami kelemahan dalam berfikir .

CARA MAKAN :
Menghadap kiblat
Baca ” Bismillah ” dan selawat ke atas nabi 3 x
Baca doa penerang hati
Makan secara kemam seperti makan gula – gula . Tak berkesan jika dikunyah seperti makan kacang
Makan sebiji – sebiji sebanyak 21 biji setiap hari .

3. SUSU SEGAR
Susu sangat berguna untuk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal . Sebab susu ada 3 unsur semula jadi iaitu keju , lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak pembaca . Suau ada 6 kelas makanan yang amat diperlukan oleh tubuh iaitu karbohidrat , lemak , protein , semua jenis vitamin mineral dan air . Susu bukan hanya berkhasiat merawat kesihatan sacara umum , malah jadi penawar kelupaan yang berkesan . Tak sangka kan !
Rasulullah SAW pernah mengatakan bahawa susu boleh menguatkan belakang , menambahi akal , memperbaiki penglihatan , dan menghindari penyakit lupa . Tapi baginda minum susu kambing . Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah SUSU KAMBING , biri – biri dan susu lembu segar ! Pembaca boleh ker ? ^_^ … Hamba pun tak pernah minum susu kambing oooooo . Rugilah bagi orang yang tak suka minum susus nih .

**CARA MINUM :
Sekurang – kurangnya segelas pada sebelah pagi dan malam .
Baca ” Bismillah ” dan doa minum susu seperti yang dibaca oleh Rasulullah saw

Maksudnya : ” Ya Allah , berilah kebaikan pada kami dalam susu ini dan tambahkanlah ( keberkatan ) bagi kami daripadanya .” (Riwayat Abu Daud )

4. TELUR
Telur kan sebenarnya sangat bermanfaat untuk menambah kekuatan otak , badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya . Malah merupakan makanan yang lengkap dan berkhasiat , mengandungi mineral , protein , vitamin , kalsium , kuprum , magnesium , fosforus , kalium , sulfur , natrium , klorin , zat besi , air , choline dan bahan ekstraktif .

Ada yang bila makan telur , buang kuningnya kerana beberapa sebab . Rugi tau tak makan kuning telur sebab ia berupaya mengatasi masalah kelemahan tenaga fizikal dan minda sekaligus . Pembaca dinasihatkan makan telur ayam kampung sebab itu yang terbaik tak ada ubat suntik ( original )

5. HALIA
Halia sangat mujarab untuk orang yang mudah lupa . Boleh makan mentah atau di buat halwa ( rebus dan campukan gula ) .
CARA MAKAN : Makan sedikit sahaja pada waktu pagi

6. LIMAU (ORANGE)
Menurut hadis Rasulullah SAW , orange berkhasiat untuk mengemaskan urat – urat jantung dan menambah kekuatan fikiran .

7. BUAH DELIMA
Sabda Rasulullah SAW : ” Barang siapa yang memakan buah delima keseluruhannya , sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari .”

8. DAGING BURUNG MERPATI
Rasanya ramai pembaca termasuk admin juga tak sangka yang sebenarnya bijak pandai Islam dan melayu zaman dahulu suka makan daging burung merpati . Sebab dagingnya ada banyak khasiat seperti protein , lemak , kalsium , fosforus dan kalori . Ia sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan fikiran terutamanya pada kanak – kanak dan menjadi kaedah yang sangat popular dan berkesan . Kanak – kanak yang diberi makan telur burung merpati didapati dapat bercakap lebih awal dari kebiasaannya .

9. MINYAK SAPI
Dimakan terus atau dicampurkan dengan masakan dalam kuantiti yang kecil .

10. DAGING AYAM
Daging ayam di anggap mempunyai kadar zat pemakanan yang paling tinggi . Daging ayam betina dara berkhasiat meningkatkan prestasi otak dan membaiki darah . Abu Musa r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW juga pernah memakan daging ayam betina .

11. DAGING BIRI – BIRIFungsi daging biri – biri adalah untuk menambah darah , untuk orang yang aktif dan bekerja berat serta dapat meningkatkan kekuatan hafazan .

12. SAYUR -SAYURAN DAN BUAH – BUAHAN SEGARJuga membantu menguatkan akal dan memori .

13. KEKACANG
Antara kekacang seperti pistachio , soya , berangan , badam dan lainnya . PISTACHIO dan BADAM yang paling baik dan sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutamanya kanak – kanak kerana ia mengandungi nilai protein yang tinggi .

14. ZA’FARAN : KOMA KOMA/safron
Sejenis bahan berambu merah . Kadangkala digunakan dalam memasak nasi bariani untuk memberikan warna merah pada nasi .

15. BUNGA KOBIS
Mengandungi sejenis asid amino untuk tenaga mental .

16. BUNGA CENGKIH
Ditumbuk sehingga halus lalu dimakan sedikit sahaja .

17. LABU
Berfaedah menambah keupayaan fizikal dan akal .

Sabda Rasulullah SAW : ” Makanlah labu kerana ia mencerdaskan akal . ” Baginda juga pernah menyarankan , jika membuat sup atau kuah, dianjurkan masukkan labu ke dalamnya kerana ia menambahkan kemmpuan fikiran dan akal .

18. BUAH KEDEKAI ( MAJALAWI )
Menguatkan hafalan dan menguatkan kekuatan badan

Friday 12 July 2013

Doa Saidina Muaz bin Jabal



بسم الله الرحمن الرحيم
Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh
اللهم صل على محمد وآل محمد





Rasulullah saw sangat kasihkan Saidina Muaz Bin Jabal. Baginda meluahkan kasih tersebut dengan perkataan dan perbuatan. Malah, Baginda mengirimkan salam buat Muaz saat Baginda saw gering sebelum kewafatan Baginda. Ketika itu Muaz tiada di sisi baginda sebaliknya berada di Yaman untuk urusan dakwah Islam. Rasulullah saw berpesan kepada Muaz supaya sentiasa membaca doa berikut setiap selesai menunaikan solat ...dan doa ini adalah kekuatan untuk terus istiqamah dalam amal soleh sehingga saat keluar roh dari jasad. " 


Ya Allah, bantulah aku dalam mengingatiMU, tolonglah aku dalam mensyukuri segala nikmatMu dan memperbaiki segala ibadah dan pengabdianku ( kepada ALLAH)".



Diriwayatkan Mu’az bin Jabal berkata Rasulullah s.a.w. telah mewasiatkan kepada saya mengenai sepuluh perkara, yakni :

1. Jangan Menyekutukan Allah SWT dengan sesuatu apapun walaupun kamu akan dibunuh atau dibakar.

2. Jangan Kamu mendurhakai kedua dua Ibu Bapak kamu meskipun mereka menyuruh kamu berpisah       dengan istri dan harta benda kamu.

3. Janganlah kamu meninggalkan Sholat Fardhu dengan sengaja karena sesungguhnya sesiapa yang meninggalkan Sholat Fardhu dengan sengaja maka dia terlepas dari tanggung jawab Allah SWT.

4. Janganlah sekali-kali minum arak karena perbuatan ini adalah puncak segala maksiat.

5. Jauhilah diri kami daripada perbuatan maksiat karena perbuatan ini akan menyebabkan kemurkaan Allah SWT.

6. Jangan lari dari medan pertempuran walaupun semua rekanmu telah terbunuh.

7. Jangan berpindah dari tempat berlakunya kematian akibat wabah yang sedang merebak seperti taun dan sebagainya.

8. Belanjalah untuk keluarga kamu mengikut kemampuanmu.

9. Jangan Kamu mengelak daripada merotani anak-anak sebagai amaran supaya mereka berahlaq baik.

10. Takutkan mereka (anak-anak) kepada Allah SWT.