Tuesday, 7 August 2012

Petua nak bunuh/halau lipas...


Lipas, mesti ramai yang agak geli dengan lipas ni lagi-lagi org pepuan..aku x tahu la klu lipas masuk dlm kain diaorg...mau tetanggal semua..hahahaha, walaupun kecil tapi kalau ada yang boleh terbang tu memang merimaskan gak.. hahaha, ni ada cara-cara terbaik untuk membunuh dan menghalau lipas..di dalam rumah kita.

Petua 1: Ambil hujung timun atau pangkalnya dan letakkan di     tempat ada banyak lipas. Lipas akan mati.

Petua 2: Ambil beberapa biji buah pelaga dan letakkan di tempat lipas membiak.

Petua 3: Kalau terlalu banyak sangat, sediakan ubi kentang yang direbus dan dilecek dicampurkan bersama serbuk penaik dan gaul. Buat seperti begedel dan letak di tempat banyak lipas

petua 4 : Carik daun pandan banyak2 dan letakkn daun pandan tu kat tempat yg banyak lipas...dan kalau petua-petua kat atas x memberi kesan...ko org kunakan petau yg kelima (5) ni...yg ni gerenti...mati beragan punya..hehehe

Petua 5: Beli kat kedai ...kedai runcit pon ada jual..RIDSECT COCKROACH KILLER 1-S.

selamat mencuba ek...

Sunday, 29 July 2012

Kek my Birthday...


3/7/2012 tadi genaplah hari lahir aku yg ke 41th...Allhamdulilah Allah telah sampaikan aku dalam usia setua ini... banyak juga kekawan dlm FB beri ucapan Birthay..doa ku semoga kalian juga mendapat rahmat dan nikmat dariNya.


Sebenarnya aku nak ceita pasal Kek Birthday...X sangka beb ...ada juga org kirimkan aku Kek Hari Lahir kat aku....thg hari tu aku dgn kekawan opis buat makan2 kat Burger King kat syek 13 shah alam...sempena yembut hari jadi aku..OTW dari tu aku dpt panggilan dari no yg aku x kenali...dia sebut nama penuh aku...and dia cakap dia nak hantar kek..kat opis...wahhhh...sapa la yg nak bagi aku kek niii...tertanya tanya juga sapa la yg nak bagi aku kek niii...tapi aku dpt rasakn...sapa penghantarnya.....so sweet sangat...anything thank a lot to my friend yg bagi kek ni...biar aku sorang je yg tahu sapa penghantarnya..hehehehe...Terima Kasih sekali lagi kepada yg empunya kek nii..semoga Allah memurahkan rezki kamu..dan x lupu juga buek kekawan opis yg meraikan hari lahir aku...


terima kasih daun keladi....
tahun dpn jgn lupa birthday aku lagi......

Wednesday, 25 July 2012

INGAT LIMA PERKARA...SEBELUM MATI.


Menjadi lumrah manusia, maka akan menjadi ingat, berwaspada dan bersiap sedia apabila diberi ingatan atau amaran selagi tiada ingatan yang masuk ke corong telinga, maka akan sentiasa alpa dan leka yang akhirnya tanpa benteng iman ampuh menjerumuskan mereka ke lembah kemurkaan.

Apabila Allah S.W.T memberi ingatan. Tegahan atau amaran, ia mempunyai maksud disebaliknya. Kita boleh menjadi kafir apabila tidak mempercayainya, munafik apabila kurang yakin dan fasik apabila menganggap mudah lantaran dituruti runtunan hawa nafsu.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : " Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara. Pertama :  masa sihat sebelum sakit. Kedua :  masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin). Ketiga : masa lapang sebelum tiba masa sibuk. Keempat : masa mudamu sebelum datang masa tua dan kelima : masa hidup sebelum tiba masa mati." (riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi).

Hadis ini memperlihatkan kepada kita betapa Rasulullah s.a.w begitu sekali bersungguh-sungguh tidak mahu umatnya kerugian kerana mengabaikan kelima-lima peluang yang patut mereka bersungguh-sungguh merebutnya sebelum datang lima perkara yang boleh menyebabkan mereka ditimpa penyesalan.

Sikap mengambil mudah ini menyebabkan begitu banyak orang Islam telah membiarkan kelima-lima masa atau keadaan itu hilang lesap tanpa dimanfaatkan. Dan ianya berlalu dengan pantas pula diisi oleh kelima-lima masa atau suasana yang merupakan lawannya itu.

Manusia mudah leka apabila mereka dikurniakan nikmat seperti kelapangan hidup sehingga sewaktu mereka bermesra dengan anak-anak dan isteri, seakan-akan mereka tidak lagi didatangi waktu yang sempit yang membuatkan mereka merasa begitu menyiksakan.

Masa kaya sebelum miskin dengan mengisi masa kaya ialah dengan menggunakan harta kekayaan itu dengan sebaik-baiknya yang dapat memberi keuntungan terutamanya di dalam kehidupan akhirat dengan cara menolong sanak saudara yang berkesempitan, memperbanyakkan sedekah terutama kepada anak-anak yatim, orang-orang miskin, pergi ke Mekah menunaikan ibadat haji dan berzakat apabila telah cukup haul dan nisbahnya.

Begitu juga cara untuk mengisi masa sihat sebelum datangnya masa sakit. Ketika sihat, seseorang manusia itu seharusnya mengenangi nikmat Allah yang dikurniakan ke atas dirinya dengan cara membandingkan nikmat sihatnya dengan kesengsaraan yang ditanggung oleh orang yang sedang terlantar sakit. Ini pastinya boleh menolong kita atau seseorang itu untuk insaf dan kemudian berusaha mengisi masa sihatnya dengan cara membanyakkan ibadat kepada Allah S.W.T.

Cuba kita yang sihat ini bayangkan, bagaimana jika sekiranya tiba-tiba sahaja kita ditimpa sakit dan terlantar di katil pada saat-saat kita masih berangan-angan untuk menyimpan ibadat setelah hari tua? Tidakkah kita akan menyesal kerana ditimpa kerugian yang datang tanpa kita sangka-sangka itu?.

Seterusnya Rasulullah s.a.w menyuruh kita mengisi pula masa lapang sebelum datangnya masa sempit. Kebanyakkan manusia apabila kedapatan masa lapang, akal fikiran mereka terus terarah kepada kegiatan-kegiatan atau aktiviti-aktiviti yang mendatangkan keseronokan semata-mata. Padahal apa yang sepatutnya ialah mereka perlu mengisi masa berharga itu dengan amalan yang boleh menghalakan hati untuk memberi sepenuh perhatian dan tumpuan terhadap Allah S.W.T. Bukan semata-mata melampiaskan dorongan hawa nafsu buas. Jika masa santai mereka itu dengan cara membawa keluarga bersiar-siar mengambil angin, melihat keindahan tumbuhan seperti bunga.

Sudah tentu perkara terakhir yang merebut masa hidup sebelum tibanya masa mati. Inilah kesudahan yang mana kalau terlepas akan ditindih oleh penyesalan yang tidak akan habis-habis walaupun mata terpaksa bermandi dengan pancaran air darah. Jika sudah didatangi kematian, maka berakhirlah segala-galanya. Malah untuk mengerjakan sembahyang sunat sekadar dua rakaat di dalam kubur yang mana sangat diinginkan oleh setiap mayat tidak lagi diizinkan oleh Allah S.W.T. Kenapa? Kerana di sana bukan lagi tempat untuk beramal ibadat.

Masa mati adalah masa untuk menerima balasan. Balasan baik akan merasai nikmat kemanisannya. Balasan buruk pula akan merasai azab keperitaannya. Ini kerana masa hidup adalah hidup adalah masa bercucuk tanam, manakala masa mati adalah masa untuk menuai pula.

Justeru demi memperolehi keselamatan hidup dunia dan akhirat, umat Islam perlu mengambil peringatan terhadap saranan Rasulullah s.a.w yang amat penting seperti yang tersebut di dalam hadith tadi. Marilah kita isikan masa-masa yang lima itu dengan bersungguh-sungguh tenaga kita sebelum datangnya lima perkara yang penuh dengan duri dan ranjau yang mungkin akan menghitamkan muka kita setelah kita bangkit di Mahsyar nanti.

Allah S.W.T berfirman dalam surah Al-Asr ayat 1-3 yang bermaksud : "Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh. Mereka berpusu-pusu dengan kebenaran dan berpusu-pusu dengan kesabaran."

Sembahyang Sunat Dhuha..

Pagi tadi aku jumpa seseorg ...sebelum ni pun aku x pernah jumpa. Ni la first time aku jumpa..pasal business. orgnya x lah tua x lah muda... umur dia 52..orgnya humble je..panjang la cerita...last sekali dia bagi tau aku...utk dikongsi bersama...Bersangka baik la pada org...katanya..klu awk nak murah rezki...buat lah amalan ni smbhyg sunat Witir dan Dhuha...berterusan..masa nak balik tu dia sedekah aku sekotak buah kurma...alhamdulilah...


1.Lakukan sembahyang sunat witir  2 rakaat  ....lepas Isyak
2.Lakukan sembahyang sunat Dhuha.(sy ada setakan cara ringkas smbhyg sunat Dhuha kat bwah)

Cara Ringkas Solat @ Sembahyang Sunat Dhuha :
Rakaat : 2,4,6 hingga 12

Waktu : 10 pagi, atau antara 7am - 1pm petang sebelum waktu zohor, “Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.” Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang (Kitab al-Majmu’ karangan Imam Nawawi).
1. Rakaat Pertama "Allahuakbar" & Niat dalam hati :
++ "Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"
++ Baca Alfatihah hingga akhir
++ Baca Surah, pendek pun takpa. (paling elok surah As-Syams )

2. Rakaat Kedua
++ Baca Alfatihah
++ Baca Surah, pendek pun takpa. (paling afdhal surah Addhuha)
++ Tahiyyat akhir & Beri Salam..

3. Doa
++ Mohon Allah murahkan rezeki kita..berkati kerja kita.
++ Doa apa sahaja..mengadulah pada Allah.
++ Bahasa melayu, jawa, nogori, iban apa saja semua boleh, Doalah.
++ Paling mantap guna Doa ini khas untuk waktu Dhuha :
++ Nak mudah hafal doa? guna cara berlagu UNIC Doa Dhuha



Maksudnya:

Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikannya adalah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaanitu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.

Wednesday, 11 July 2012

Jadilah Kita Seorang Yang Pemaaf...



SIFAT marah adalah suatu sifat yang tetap ada pada diri seseorang, tinggal lagi hendaklah kena pada tempatnya, bukan mengikut perasaan dan hawa nafsu. 


ketika manusia diciptakan, Allah mencipta juga pelbagai bentuk emosi dan keinginan dalam diri manusia yang berbentuk positif dan negatif yang saling mempengaruhi antara satu sama lain. Antara sifat positif yang terdapat dalam diri manusia ialah pemaaf, yakni lawan kepada sifat pemarah dan pendendam.Pemaaf adalah sifat luhur yang perlu ada pada diri setiap muslim. Ada beberapa ayat al-Quran dan hadis yang menekankan keutamaan bersifat itu yang juga disebut sebagai sifat orang yang hampir di sisi Allah.



Sifat pemaaf memang sukar dilakukan memandangkan manusia sentiasa dikuasai fikiran logik untuk bertindak atas sesuatu perkara sehingga membunuh nilai moral sebenar.Contohnya, bayangkan apakah tindakan spontan kita jika ditipu, dihina, dikhianati, dikecewakan dan perkara lain yang tidak disenangi. Sudah tentu perasaan marah akan menguasai diri dan diikuti pula dengan tindakan berbentuk lisan dan fizikal. Emosi manusia mudah terpengaruh ke arah melakukan tindakan yang pada pandangan logik adalah tindakan yang sepatutnya. Apatah lagi jika hasutan syaitan berjaya menguasai diri. Di sinilah pentingnya kita memupuk sifat pemaaf dalam diri. Maka, jangan sesekali ada terpahat di hati kita ungkapan... ".... aku ni susah sikit nak maafkan orang..." Buangkan ungkapan itu jauh-jauh. Tanamkan sifat pemaaf dalam diri.


Sesuatu yang logik tidak semestinya betul. Sebaliknya, ajaran agama adalah petunjuk kepada kebenaran yang mesti diamalkan untuk mendapat kebaikan di dunia dan akhirat.Tindakan marah melampau dan diikuti pula dengan tindakan fizikal bukanlah jalan menyelesai masalah atau untuk menunjukkan siapa yang benar. Sesiapa berupaya menahan kemarahan, bererti dalam dirinya memiliki kemuliaan, keberanian, keikhlasan dan kekuatan yang sebenar. Sebaliknya, orang yang tidak mampu menahan marah adalah golongan yang lemah. Nabi Muhammad bersabda: “Bukanlah orang yang kuat itu (dinilai) dengan (kekuatan) dalam pergelutan, sesungguhnya orang yang kuat ialah orang yang dapat menguasai dirinya ketika marah.” (Hadis riwayat Bukhari).


Pentingnya sifat menahan marah mendorong Nabi Muhammad apabila diminta oleh seorang lelaki agar berpesan atau mengajarnya mengenai sesuatu perkara, menjawab ringkas iaitu ‘jangan marah’. Lelaki itu seperti tidak berpuas hati dengan jawapan itu. Dia mungkin merasakan apalah besar sangat kebaikan menahan marah. Lalu dia bertanya kali kedua mengharapkan agar Rasulullah memberitahu amalan lain yang lebih besar pahalanya. Tetapi Rasulullah tetap mengulangi perkataan ‘jangan marah’. Untuk mendidik sifat baik dalam diri perlulah menghampiri diri dengan memperbanyakkan melakukan ibadat wajib dan sunat.

Rasulullah SAW bersabda: “Dari ‘Atiah r.a, dia berkata, Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya marah itu daripada syaitan dan syaitan itu diciptakan daripada api dan sesungguhnya api itu terpadam dengan air, maka apabila salah seorang dari kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk (riwayat Abu Daud).”

P/S 1: Hasad dengki umpama api dalam sekam,membakar dan memakan segala amalan kita...didiklah diri menjadi
seorang yg pemaaf..



P/S 2: Sebelum tidur...kita hendaklah cakap pada diri kita ..aku maafkan semua orang..sama ada aku tahu mahupun tidak apa yang diperkatakan tentang diri ku.....

Thursday, 5 July 2012

Sematkan IKHLAS dlm hati kita...



"Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu hitam di malam yang amat kelam. Ianya wujud tetapi amat sukar untuk dilihat."

Sesungguhnya sifat ikhlas akan memberikan kesegaran kepada jiwa, keikhlasan memberi dan menerima dalam apa jua bentuk pertolongan atau pemberian dari setiap individu muslim itu. Sifat ikhlas itu perlu disemai sejak kecil lagi, kerana keikhlasan itu membuat hati kita gembira dan tenang dalam menghadapi sesuatu keadaan. Tatkala hati dirundung sedih, hati akan tenang kerana keikhlasan dan keredhaan yang tersemai didalam diri. Ketika hati diterjah kegembiraan, ada kesyukuran meniti dibibirnya. 

“Ikhlas adalah satu rahsia dalam rahsia-rahsia-Ku. Aku titiskan ia dalam hati hamba-hambaku yang Aku mangasihinya” -(Riwayat Abu Hasan Al Basri)

Kerana ikhlas satu rahsia Allah, tentu tidak mungkin kita dapat mengetahui siapa yang ikhlas dan siapa yang tidak. Malah diri kita sendiri pun mungkin kadang-kala susah untuk dipastikan apakah amalan kita itu ikhlas atau sebaliknya. Kita tidak boleh mengatakan diri kita ikhlas “saya ikhlas”...Benarkah kita ikhlas?? 

Kerana ketidak ikhlasan dalam diri, jiwa akan menjadi rosak dan berdendam, berdendam sememangnya dilarang dalam Islam. Keikhlasan bukan sahaja memberi kesegaran kepada jiwa, tetapi boleh membuatkan anda bertambah taqwa kepada Allah SWT. 

Oleh itu, kebersihan hati hanya boleh dicapai dengan iman dan taqwa kepada Allah SWT, dengan secara langsung keikhlasan akan terpancar di jiwa. Lakukan sesuatu kepada seseorang dengan ikhlas, berilah sesuatu kepada seseorang dengan ikhlas bukan dengan ada sebab lain. Harapkan belas ihsan dari Allah semata2. Nescaya lebih keberkatan didalamnya.

Manusia yang berbuat baik dengan mengharapkan sesuatu balasan bukanlah manusia yang jujur. Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat, asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh dengan agama Allah. (Surah Al-Baqarah:214)