3/7/2012 tadi genaplah hari lahir aku yg ke 41th...Allhamdulilah Allah telah sampaikan aku dalam usia setua ini... banyak juga kekawan dlm FB beri ucapan Birthay..doa ku semoga kalian juga mendapat rahmat dan nikmat dariNya.
Sebenarnya aku nak ceita pasal Kek Birthday...X sangka beb ...ada juga org kirimkan aku Kek Hari Lahir kat aku....thg hari tu aku dgn kekawan opis buat makan2 kat Burger King kat syek 13 shah alam...sempena yembut hari jadi aku..OTW dari tu aku dpt panggilan dari no yg aku x kenali...dia sebut nama penuh aku...and dia cakap dia nak hantar kek..kat opis...wahhhh...sapa la yg nak bagi aku kek niii...tertanya tanya juga sapa la yg nak bagi aku kek niii...tapi aku dpt rasakn...sapa penghantarnya.....so sweet sangat...anything thank a lot to my friend yg bagi kek ni...biar aku sorang je yg tahu sapa penghantarnya..hehehehe...Terima Kasih sekali lagi kepada yg empunya kek nii..semoga Allah memurahkan rezki kamu..dan x lupu juga buek kekawan opis yg meraikan hari lahir aku...
terima kasih daun keladi.... tahun dpn jgn lupa birthday aku lagi......
Menjadi lumrah manusia, maka akan menjadi ingat, berwaspada dan bersiap sedia apabila diberi ingatan atau amaran selagi tiada ingatan yang masuk ke corong telinga, maka akan sentiasa alpa dan leka yang akhirnya tanpa benteng iman ampuh menjerumuskan mereka ke lembah kemurkaan.
Apabila Allah S.W.T memberi ingatan. Tegahan atau amaran, ia mempunyai maksud disebaliknya. Kita boleh menjadi kafir apabila tidak mempercayainya, munafik apabila kurang yakin dan fasik apabila menganggap mudah lantaran dituruti runtunan hawa nafsu.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : " Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara. Pertama : masa sihat sebelum sakit. Kedua : masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin). Ketiga : masa lapang sebelum tiba masa sibuk. Keempat : masa mudamu sebelum datang masa tua dan kelima : masa hidup sebelum tiba masa mati." (riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi).
Hadis ini memperlihatkan kepada kita betapa Rasulullah s.a.w begitu sekali bersungguh-sungguh tidak mahu umatnya kerugian kerana mengabaikan kelima-lima peluang yang patut mereka bersungguh-sungguh merebutnya sebelum datang lima perkara yang boleh menyebabkan mereka ditimpa penyesalan.
Sikap mengambil mudah ini menyebabkan begitu banyak orang Islam telah membiarkan kelima-lima masa atau keadaan itu hilang lesap tanpa dimanfaatkan. Dan ianya berlalu dengan pantas pula diisi oleh kelima-lima masa atau suasana yang merupakan lawannya itu.
Manusia mudah leka apabila mereka dikurniakan nikmat seperti kelapangan hidup sehingga sewaktu mereka bermesra dengan anak-anak dan isteri, seakan-akan mereka tidak lagi didatangi waktu yang sempit yang membuatkan mereka merasa begitu menyiksakan.
Masa kaya sebelum miskin dengan mengisi masa kaya ialah dengan menggunakan harta kekayaan itu dengan sebaik-baiknya yang dapat memberi keuntungan terutamanya di dalam kehidupan akhirat dengan cara menolong sanak saudara yang berkesempitan, memperbanyakkan sedekah terutama kepada anak-anak yatim, orang-orang miskin, pergi ke Mekah menunaikan ibadat haji dan berzakat apabila telah cukup haul dan nisbahnya.
Begitu juga cara untuk mengisi masa sihat sebelum datangnya masa sakit. Ketika sihat, seseorang manusia itu seharusnya mengenangi nikmat Allah yang dikurniakan ke atas dirinya dengan cara membandingkan nikmat sihatnya dengan kesengsaraan yang ditanggung oleh orang yang sedang terlantar sakit. Ini pastinya boleh menolong kita atau seseorang itu untuk insaf dan kemudian berusaha mengisi masa sihatnya dengan cara membanyakkan ibadat kepada Allah S.W.T.
Cuba kita yang sihat ini bayangkan, bagaimana jika sekiranya tiba-tiba sahaja kita ditimpa sakit dan terlantar di katil pada saat-saat kita masih berangan-angan untuk menyimpan ibadat setelah hari tua? Tidakkah kita akan menyesal kerana ditimpa kerugian yang datang tanpa kita sangka-sangka itu?.
Seterusnya Rasulullah s.a.w menyuruh kita mengisi pula masa lapang sebelum datangnya masa sempit. Kebanyakkan manusia apabila kedapatan masa lapang, akal fikiran mereka terus terarah kepada kegiatan-kegiatan atau aktiviti-aktiviti yang mendatangkan keseronokan semata-mata. Padahal apa yang sepatutnya ialah mereka perlu mengisi masa berharga itu dengan amalan yang boleh menghalakan hati untuk memberi sepenuh perhatian dan tumpuan terhadap Allah S.W.T. Bukan semata-mata melampiaskan dorongan hawa nafsu buas. Jika masa santai mereka itu dengan cara membawa keluarga bersiar-siar mengambil angin, melihat keindahan tumbuhan seperti bunga.
Sudah tentu perkara terakhir yang merebut masa hidup sebelum tibanya masa mati. Inilah kesudahan yang mana kalau terlepas akan ditindih oleh penyesalan yang tidak akan habis-habis walaupun mata terpaksa bermandi dengan pancaran air darah. Jika sudah didatangi kematian, maka berakhirlah segala-galanya. Malah untuk mengerjakan sembahyang sunat sekadar dua rakaat di dalam kubur yang mana sangat diinginkan oleh setiap mayat tidak lagi diizinkan oleh Allah S.W.T. Kenapa? Kerana di sana bukan lagi tempat untuk beramal ibadat.
Masa mati adalah masa untuk menerima balasan. Balasan baik akan merasai nikmat kemanisannya. Balasan buruk pula akan merasai azab keperitaannya. Ini kerana masa hidup adalah hidup adalah masa bercucuk tanam, manakala masa mati adalah masa untuk menuai pula.
Justeru demi memperolehi keselamatan hidup dunia dan akhirat, umat Islam perlu mengambil peringatan terhadap saranan Rasulullah s.a.w yang amat penting seperti yang tersebut di dalam hadith tadi. Marilah kita isikan masa-masa yang lima itu dengan bersungguh-sungguh tenaga kita sebelum datangnya lima perkara yang penuh dengan duri dan ranjau yang mungkin akan menghitamkan muka kita setelah kita bangkit di Mahsyar nanti.
Allah S.W.T berfirman dalam surah Al-Asr ayat 1-3 yang bermaksud : "Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh. Mereka berpusu-pusu dengan kebenaran dan berpusu-pusu dengan kesabaran."
Pagi tadi aku jumpa seseorg ...sebelum ni pun aku x pernah jumpa. Ni la first time aku jumpa..pasal business. orgnya x lah tua x lah muda... umur dia 52..orgnya humble je..panjang la cerita...last sekali dia bagi tau aku...utk dikongsi bersama...Bersangka baik la pada org...katanya..klu awk nak murah rezki...buat lah amalan ni smbhyg sunat Witir dan Dhuha...berterusan..masa nak balik tu dia sedekah aku sekotak buah kurma...alhamdulilah...
1.Lakukan sembahyang sunat witir
2 rakaat ....lepas Isyak
2.Lakukan sembahyang sunat Dhuha.(sy ada setakan cara ringkas smbhyg sunat Dhuha kat bwah)
Cara Ringkas Solat @ Sembahyang Sunat Dhuha :
Rakaat : 2,4,6 hingga 12
Waktu : 10 pagi, atau antara 7am - 1pm petang sebelum waktu zohor, “Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.” Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang (Kitab al-Majmu’ karangan Imam Nawawi).
1. Rakaat Pertama "Allahuakbar" & Niat dalam hati :
++ "Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"
++ Baca Alfatihah hingga akhir
++ Baca Surah, pendek pun takpa. (paling elok surah As-Syams )
2. Rakaat Kedua
++ Baca Alfatihah
++ Baca Surah, pendek pun takpa. (paling afdhal surah Addhuha)
++ Tahiyyat akhir & Beri Salam..
3. Doa
++ Mohon Allah murahkan rezeki kita..berkati kerja kita.
++ Doa apa sahaja..mengadulah pada Allah.
++ Bahasa melayu, jawa, nogori, iban apa saja semua boleh, Doalah.
++ Paling mantap guna Doa ini khas untuk waktu Dhuha :
++ Nak mudah hafal doa? guna cara berlagu UNIC Doa Dhuha
Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikannya adalah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaanitu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.
SIFAT marah adalah suatu sifat yang tetap ada pada diri seseorang, tinggal lagi hendaklah kena pada tempatnya, bukan mengikut perasaan dan hawa nafsu.
ketika manusia diciptakan, Allah mencipta juga pelbagai bentuk emosi dan keinginan dalam diri manusia yang berbentuk positif dan negatif yang saling mempengaruhi antara satu sama lain. Antara sifat positif yang terdapat dalam diri manusia ialah pemaaf, yakni lawan kepada sifat pemarah dan pendendam.Pemaaf adalah sifat luhur yang perlu ada pada diri setiap muslim. Ada beberapa ayat al-Quran dan hadis yang menekankan keutamaan bersifat itu yang juga disebut sebagai sifat orang yang hampir di sisi Allah.
Sifat pemaaf memang sukar dilakukan memandangkan manusia sentiasa dikuasai fikiran logik untuk bertindak atas sesuatu perkara sehingga membunuh nilai moral sebenar.Contohnya, bayangkan apakah tindakan spontan kita jika ditipu, dihina, dikhianati, dikecewakan dan perkara lain yang tidak disenangi. Sudah tentu perasaan marah akan menguasai diri dan diikuti pula dengan tindakan berbentuk lisan dan fizikal. Emosi manusia mudah terpengaruh ke arah melakukan tindakan yang pada pandangan logik adalah tindakan yang sepatutnya. Apatah lagi jika hasutan syaitan berjaya menguasai diri. Di sinilah pentingnya kita memupuk sifat pemaaf dalam diri. Maka, jangan sesekali ada terpahat di hati kita ungkapan... ".... aku ni susah sikit nak maafkan orang..." Buangkan ungkapan itu jauh-jauh. Tanamkan sifat pemaaf dalam diri.
Sesuatu yang logik tidak semestinya betul. Sebaliknya, ajaran agama adalah petunjuk kepada kebenaran yang mesti diamalkan untuk mendapat kebaikan di dunia dan akhirat.Tindakan marah melampau dan diikuti pula dengan tindakan fizikal bukanlah jalan menyelesai masalah atau untuk menunjukkan siapa yang benar. Sesiapa berupaya menahan kemarahan, bererti dalam dirinya memiliki kemuliaan, keberanian, keikhlasan dan kekuatan yang sebenar. Sebaliknya, orang yang tidak mampu menahan marah adalah golongan yang lemah. Nabi Muhammad bersabda: “Bukanlah orang yang kuat itu (dinilai) dengan (kekuatan) dalam pergelutan, sesungguhnya orang yang kuat ialah orang yang dapat menguasai dirinya ketika marah.” (Hadis riwayat Bukhari).
Pentingnya sifat menahan marah mendorong Nabi Muhammad apabila diminta oleh seorang lelaki agar berpesan atau mengajarnya mengenai sesuatu perkara, menjawab ringkas iaitu ‘jangan marah’. Lelaki itu seperti tidak berpuas hati dengan jawapan itu. Dia mungkin merasakan apalah besar sangat kebaikan menahan marah. Lalu dia bertanya kali kedua mengharapkan agar Rasulullah memberitahu amalan lain yang lebih besar pahalanya. Tetapi Rasulullah tetap mengulangi perkataan ‘jangan marah’. Untuk mendidik sifat baik dalam diri perlulah menghampiri diri dengan memperbanyakkan melakukan ibadat wajib dan sunat.
Rasulullah SAW bersabda: “Dari ‘Atiah r.a, dia berkata, Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya marah itu daripada syaitan dan syaitan itu diciptakan daripada api dan sesungguhnya api itu terpadam dengan air, maka apabila salah seorang dari kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk (riwayat Abu Daud).”
P/S 1: Hasad dengki umpama api dalam sekam,membakar dan memakan segala amalan kita...didiklah diri menjadi seorang yg pemaaf..
P/S 2: Sebelum tidur...kita hendaklah cakap pada diri kita ..aku maafkan semua orang..sama ada aku tahu mahupun tidak apa yang diperkatakan tentang diri ku.....
"Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu hitam di malam yang amat kelam. Ianya wujud tetapi amat sukar untuk dilihat."
Sesungguhnya sifat ikhlas akan memberikan kesegaran kepada jiwa, keikhlasan memberi dan menerima dalam apa jua bentuk pertolongan atau pemberian dari setiap individu muslim itu. Sifat ikhlas itu perlu disemai sejak kecil lagi, kerana keikhlasan itu membuat hati kita gembira dan tenang dalam menghadapi sesuatu keadaan. Tatkala hati dirundung sedih, hati akan tenang kerana keikhlasan dan keredhaan yang tersemai didalam diri. Ketika hati diterjah kegembiraan, ada kesyukuran meniti dibibirnya.
“Ikhlas adalah satu rahsia dalam rahsia-rahsia-Ku. Aku titiskan ia dalam hati hamba-hambaku yang Aku mangasihinya” -(Riwayat Abu Hasan Al Basri)
Kerana ikhlas satu rahsia Allah, tentu tidak mungkin kita dapat mengetahui siapa yang ikhlas dan siapa yang tidak. Malah diri kita sendiri pun mungkin kadang-kala susah untuk dipastikan apakah amalan kita itu ikhlas atau sebaliknya. Kita tidak boleh mengatakan diri kita ikhlas “saya ikhlas”...Benarkah kita ikhlas??
Kerana ketidak ikhlasan dalam diri, jiwa akan menjadi rosak dan berdendam, berdendam sememangnya dilarang dalam Islam. Keikhlasan bukan sahaja memberi kesegaran kepada jiwa, tetapi boleh membuatkan anda bertambah taqwa kepada Allah SWT.
Oleh itu, kebersihan hati hanya boleh dicapai dengan iman dan taqwa kepada Allah SWT, dengan secara langsung keikhlasan akan terpancar di jiwa. Lakukan sesuatu kepada seseorang dengan ikhlas, berilah sesuatu kepada seseorang dengan ikhlas bukan dengan ada sebab lain. Harapkan belas ihsan dari Allah semata2. Nescaya lebih keberkatan didalamnya.
Manusia yang berbuat baik dengan mengharapkan sesuatu balasan bukanlah manusia yang jujur. Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat, asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh dengan agama Allah. (Surah Al-Baqarah:214)
Di suatu hutan hiduplah sekelompok monyet. Pada suatu hari ketika mereka sedang bermain, mereka nampak sebuah balang kaca berleher panjang dan sempit bahagian mulutnya manakala bahagian bawahnya tertanam dalam tanah. Di dalam balang itu ada kacang yang sudah digaul dengan bauan yang disukai monyet. Rupa-rupanya balang itu adalah perangkap yang diletakkan di sana oleh seorang pemburu. Salah seekor monyet muda mendekati dan memasukkan tangannya ke dalam balang itu untuk mengambil kacang-kacang tersebut. Tetapi tangannya yang menggenggam kacang tidak dapat dikeluarkan dari balang kerana kepalan tangannya lebih besar berbanding ukuran leher balang itu. Si monyet muda meronta-ronta untuk mengeluarkan tangannya namun tetap gagal. Seekor monyet tua menasihati monyet muda itu: "Lepaskanlah genggamanmu ke atas kacang-kacang itu! Engkau akan bebas dengan mudah!" Tapi monyet muda itu tidak mengendahkan nasihat itu, tetap berkeras menggenggam kacang yang jadi punca masalah. Tidak berapa lama setelah itu, datanglah seorang pemburu. Si monyet tua memberikan nasihat sekali lagi: "Lepaskanlah genggamanmu sekarang juga supaya engkau selamat!" Walau dalam ketakutan si monyet muda itu tetap tamakkan kacang. Akhirnya ia ditangkap oleh pemburu. Kadang kita asyik mengenggam dan tidak melepaskan hal-hal yang sepatutnya kita lepaskan. Ini berkaitan dengan semua hal negatif seperti kuasa, kemarahan, kebencian, iri hati, tamak dan sebagainya. Dalam pada kita asyik menggenggam dan tidak melepaskan, maka kematian datang 'menangkap' kita. Di kala itu semuanya sudah terlambat. Bukankah lebih mudah jika kita melepaskan setiap masalah yang ada dan mencorakkan hari esok dengan lebih bijaksana? Bukankah dunia akan menjadi lebih indah jika kita melepaskan genggaman kita dan berkongsi kebahagiaan dengan orang lain. Semoga Allah merahmati kita semua.
Kita memiliki hidung berlubang disebelah kiri dan disebelah kanan. Apakah fungsinya sama untuk menarik dan membuang nafas ?
Sebenarnya fungsinya tidak sama dan dapat kita rasakan bedanya, sebelah kanan mewakili matahari (mengeluarkanpanas ) dan sebelah kiri mewakili bulan (mengeluarkan dingin).
Jika sakit kepala , cubalah menutup lubang hidung sebelah kanan dan bernafaslah melalui hidung sebelah kiri dan lakukan kira-kira 5 minit , sakit kepala akan sembuh ...
Jika anda merasa lelah , tutuplah lubang hidung sebelah kiri dan bernafaslah melalui hidung sebelah kanan . Lakukanulang-alik . Tak lama kemudian, anda akan merasakan segar kembali. Sebab lubang hidung sebelah kanan mengeluarkan panas, sehingga banyak sekali panas , lubang hidung sebelah kiri mengeluarkan dingin ...
Perempuan bernafas lebih dengan hidung sebelah kiri , sehingga hatinya cepat menjadi dingin . Laki-laki bernafas lebih dengan hidung sebelah kanan , sehingga cepat sekali marah .
Apakah anda pernah memperhatikan pada saat bangun tidur,lubang hidung sebelah mana yang bernafas lebih cepat ? Sebelah kiri atau kanan ? Jika lubang hidung sebelah kiri bernafas lebih cepat , anda akan merasa sangat lelah .Tutuplah lubang hidung sebelah kiri dan gunakan lubang hidung sebelah kanan untuk bernafas , anda akan merasa segar kembali dengan cepat.
Cara tersebut boleh diajarkan kepada anak-anak , tetapikesannya akan lebih baik jika diterapkan kepada orang dewasa .
Saya biasanya merasakan sakit kepala , dan rasanya perit. Kemudian saya berjumpa doktor dan beliau bergurau: "Anda akan sembuh jika berumah tangga !" Doktor itu tidak bicara kosong. Apa yang dia sampaikan adalah berdasarkan teori dan testimoni. Selama itu, setiap malam saya merasakan sakit kepala dan tidak dapat belajar. Saya mengambil obat , tetapi tidak sembuh ...
Pada suatu malam, saya duduk bermeditasi dan menutuplubang hidung sebelah kanan dan bernafas dengan lubang hidung sebelah kiri . Dalam kurang dari satu minggu , sakit kepala saya sembuh . Saya teruskan melakukannya selama 1 bulan, sejak malam itu sampai sekarang , sakit kepala saya tidak berulang lagi..
Ini adalah pengalaman saya sendiri . Saya beritahukan hal ini kepada orang lain, jika sakit kepala, cubalah cara tersebut kerana sangat efektif buat saya. Banyak orang lain telah mencubanya dan berhasil . Ini adalah terapi alam, tidak seperti makan ubat dalam jangka panjang yang memungkinkan ada kesan sampingannya. Jadi kenapa anda tidak mencubanya ?
Dengan mempraktikkan terapi pernafasan ini secara betul (menarik dan mengeluarkan nafas), keadaan tubuh anda akan sangat tenang.
Setiap org Tuhan anugrahkn perasaan CINTA. x kira la cinta pada benda ke, pada org ke..
betul org tua2 cakap Cinta Itu Buta... betul ke?..ke orgnya yg buta hati/mata....sukar utk dimegertikn ukapan
Cinta ini....Pada pandangan org..munkin tidak baik @ hoduh...Tetapi pandangan pada yg empunya diri..
kata dia lah intan dia lah payung....hehehhe..tulah sukar utk megertikan ukapan Cinta...Mukadimah....
Aku pernah jatuh cita...pada zaman sekolah lagi...Aku ni org kampung...masa tinkatan 3 lapas ambik (SRP) aku mintak sekolah vokasional..so...dapat..ayah aku pun hantar la aku belajar kat sana duduk asrama...samapai sana semua urusan sekolah siap ayah pun balik....sedih juga...almaklum lah..aku x pernah berpisah dgn keluarga.Di asrama aku jumpa ramai kawan ada dari kg ada dari bandar.Geli hati aku bila aku mengenangkn zaman sekolah.Ada yg menagis nak balik...x tahan sebab kena buli..aku pun x terlapas ke juga...nak buek cam no...sabo je lahh...dlm hati...tunggu la aku naik tinggkatan 5 siap la bebudak aku kerja kan.
Hari berganti hari bulan bergnati bulan...sedar x sedar dah nak punghujung tahun...masa duduk asrama ni ada dua perkara bagi aku yg best sangat..1 keluar bandar...satu lagi balik kampung.(saat saat yg di tunggu) Pada satu hari aku dgn kekawan pun kelaur bandar..salah seorg kawan aku ni kenalkan aku dgn D.aku x kisah la bisa biasa je..kang klu x layan...member2 kata x rock la....heheheh...sejak member aku kenalkn aku dgn D..tu..pantang je kelaur bandar...aku mesti bertemu dgn D.Saban hari hubugan aku dgn D semakan akrap..bila balik asrama je..aku akan terigatkan D..x sabar rasaya..nak bertemua dgn D lagi...Perhubugan aku dgn D berlarutan....sehingga aku habis sekolah....Bila dah abis sekolah...aku x risau sangat...sebabnya D akan selalu disampaing aku....cuma mak dan ayah aku je x tau...klu dia org tau mesti kena marah...pun begitu aku masih berhubung dgn D..tampa pegatahuaan mereka.Pernah sekali aku cuba bawak D balik rumah..aku tunjuk D depan mak dan ayah aku...Mak aku cakap ooo dah pandaiii...bekepit... kerja x ada ...klu nak berkepit...kehulu kehilir bawak...klu dah pandai cari duit sendir...x pe...katanya...
D adalah teman aku yg paling setia.....dikala aku kesunyian D dah penawarnya...x kira waktu.kemana pun aku berada dia pasti ada disisi ku...Pada satu hari...aku sakit batuk x berhenti...dan masa tu lah aku terigatkn kata2 mak aku...mak aku pernah ingatan aku...jauhilah diri dari pada D..kerna dia boleh membunuh diri mu...sejak aku sakit aku cuba menjauhkn diri daripada D.Tuhan saja yg tahu betapa rindunya aku pada D.
Akhirnya aku dapat lupakan D.Hidup aku bebas sebebasnya. tampa D....Pada awalnya memang susah untuk aku melupakn D.kerna D dah sudah sebati dgn diri ku...pun begitu aku cuba kuatkn iman...
3 bulan hidup aku kosong...sesekali aku merasa bosan juga...lagi2 di saat aku keseorangan.....Bila aku lepak dgn kekawan dia org semua ada pasangan...tah camna..kawan aku cuba perkenalkan aku dan S...bisa la.pegalaman dah ada...x lah kikok sangat bila aku bersama dgn S.Hari ke hari hubugan aku dan S juga semakan rapat..akhirnya S menjadi kekasih hati ku yg ke 2. kemana saja aku akan bawa S bersama...kekawan pun tompang gembira...dia org cakap aku serasi dgn S..aku senyum tanda puas bila bersama S...Lama juga aku besama dgn S hampir 5 tahun...banyak dah duit aku labur...klu kawin mau dah dpt 3 org anak hehhehehhe..Masa bersama S aku puas...S ni lebut...sejuk hati bila bersama dgnnya..Setelah puas aku belasah S akhirnya aku jatuh sakit...batuk2...penyakit aku x ubah sama macam aku berkawan dgn D sewaktu watu dulu...masih aku ingat masa tu 3 bulan lagi nak masuk bulan Ramadan.Aku nikat utk memutuskan hubugan aku dgn S.
Lapas aku memutuskan hubugan aku dgn S..aku kembali keseorangan...sampai la 1 syawal..Kat kampung aku klu Hari Raya ada baraan(berkunjung rumah ke rumah selepas sembahyang sunat hari raya)...samapi la rumah kawan aku...kat rumah dia lama sikit dia buat kenduri tatlil.Masih aku ingat...kat rumah dia la aku diperkenalkan dgn SA.Member aku cakap...SA ni dari indon...dlm hati cun juga kecik and slim..dia hulur aku pun sambut la...perhhhhhh...manis beb.....aku rasa macam best je...sekali kena x puas...mesti nak 2 round....baru puas...mula mula dulu la...sebab kecik je...la ni sekali ke na dah puas....ko org tau la penagan indonkan....barang baik beb....last2 aku melakat dgn SA ni...sampai la sekarang ni...walau pun aku sudah kawin...namun hubungan aku dgn SA masih berhubung...wife aku tau..dan banyak kali dia suruh aku memutuskan hubugan aku dgn SA.tapi aku buat x tau je...Ada niat tu nak melupakan SA...Buat masa sekarang ni aku rasa....aku masih setia dgn SA..biar pun wife aku tau...cuma wife aku cakap jgn bawak balik dlm rumah....jgn sampai anak2 terhidu apa yg abg buat dgn SA..aku akur...so bila aku nak bersama SA...aku keluar la rumah...bila aku dah puas dgn SA aku masuk la rumah....Tah bila ianya akan berakhir hubugan aku dgn SA ni....niat ada....mukinkah Ramadan tahun ni...ya Allah..berilah aku kekuatan utk melupakan SA.....insallah..
moral this cerita aku ni : Pegaruh tu sangat kuat....lagi-lagi pegaruh iklan kat TV
: pegaruh kawan-kawan..
: kita ada anak-anak awasi pergaulan dia org...berkawan dgn sapa...
betul org-org tua cakap...berkawan dgn org baik ...kita akan jadi baik...
bekawan dgn org yg rajin baca buku....lama2 pun kita rajin baca buku...
: klu kita berkawan dgn penjual minyak wangi....setidak tidaknya terkena
juga wagian dia.....
cinta 1 (D) Dunhill . cinta 2 (S) Salem . cinta3 (SA) Sampoerna `A'...