Haaa....ni kisah benar dan menarik nih ! Baik korang semua baca !
Citer dia camni .....
Alkisah pada suatu masa, di sebuah hospital bersalin di Amerika. Maka ada
le dua orang ibu yang melahirkan sorang anak lelaki dan sorang lagi anak
pompuan. Masalahnya, kedua-dua ibu tadi, mengaku yang mereka melahirkan
anak lelaki tersebut ! Ni kes berebut anak lelaki le....
Oleh kerana mereka melahirkan pada waktu dan masa yang sama, maka timbul le
sedikit masalah bagi menentukan ibu yang sebenar bagi anak lelaki tersebut.
Pada waktu tersebut, tiada lagi ujian DNA. Maka doktor pakar dari Amerika
bertanya le pada kawan dia, sorang doktor dari mesir, macam mana nak
selesaikan masalah tersebut. Dia orang dah buat ujian darah dah, malangnya,
kedua-dua ibu tersebut mempunyai kumpulan darah yang sama. Lagi rumit
masalah tersebut!
Maka doktor Amerika tu tanya le doktor dari mesir, macam mana nak
selesaikan masalah ni, sebab dia dengar orang kata Islam dan Al-Quran ni
agama yang sempurna, dan setiap masalah ada penyelesaiannya di dalam
Al-Quran. Maka terkedu le doktor dari mesir tuh! Nak tak nak, doktor dari
mesir tu, ajak doktor Amerika tu berjumpa dengan sorang kawannya, iaitu
seorang ulama terkenal dari mesir. Maka ulama dari mesir tu tanya le apa
masalahnya. Setelah diceritakan segalanya, maka ulama mesir tersebut
tersenyum. Ulama mesir tadi suruh diperah susu kedua-dua ibu yang
melahirkan anak tadi! Dan dibuat ujian tentang kandungan kalsium, zat
galian dan sebagainya! Setelah selesai ujian, mereka diminta membawa
keputusan ujian dan berjumpa semula dengan ulama tersebut.
Setelah dapat keputusan ujian, maka mereka pun bertemu semula dengan ulama
tersebut. Nak tau apa keputusannya ? Salah satu dari susu ibu tersebut,
mengandungi 2 kali ganda bahan-bahan seperti kalsium, zat galian dan
apa-apa yang sepatutnya berada di dalam susu ibu. Maka ulama mesir tersebut
berkata, ibu yang mempunyai susu yang mempunyai bahan-bahan 2 kali ganda
itulah ibu sebenar kepada anak lelaki tersebut ! Maka doktor amerika tadi
bertanya, apa buktinya di dalam Al-Quran, maka ulama mesir memberitahu
bahawa, bahagian untuk anak lelaki itu adalah 2 kali ganda dari anak
perempuan, begitu jugalah dalam soal pembahagian harta pusaka. Jadi, oleh
kerana itu adalah hukum Allah, susu ibu juga merupakan 'harta', maka untuk
anak lelaki, adalah 2 bahagian, berbanding untuk anak perempuan !
No comments:
Post a Comment