Wednesday, 30 May 2012

ANIMETAL-USA

sesekali rasa bosan layan lagu ni pun best juga....Animetal ..jepun...

10 - 10 = 0

lagu ni best...suka suka suka....heheheheh ada maknaaaa tu...
tah la tetiba je aku suka lagu ni....layannnnnnnn...

Thursday, 24 May 2012

FAHAMILAH HATI SEORANG PEREMPUAN....






Aku tahu hati seorang perempuan....
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,
lelaki itu tidak semestinya punya segalanya
tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Aku tahu hati seorang perempuan....
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata,
itu bukan bermakna dia lemah,
tetapi dia sedang mencari kekuatan
untuk terus tabah menyintai lelaki itu

Aku tahu hati seorang perempuan....
Apabila seorang perempuan marah,
memang dia tidak mampu mengawal perasaannya
tapi percayalah, itulah maknanya
dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.
Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh.
Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang,
semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Aku tahu hati seorang perempuan....
Apabila perempuan bercakap banyak,
dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas,
tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Aku tahu hati seorang perempuan....
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah,
itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya,
tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik,
bukan untuk dirinya,
tetapi untuk masa depan anda.

Aku tahu hati seorang perempuan....
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda,
bukan bermakna dia tidak sayang..
tetapi dia terlalu sayangkan anda
dan masih menganggap anda anak kecil
yang masih memerlukan sepenuh perhatian.
Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya,
anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi.
Naluri keibuannya sangat kuat.
Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Aku tahu hati seorang perempuan....
Apabila perempuan merajuk,
jangan kata dia mengada-ngada.
Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit
atau hadiah sedozen,
tetapi cukup dengan perhatian
yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Aku tahu hati seorang perempuan....
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’,
itu tidak bermaksud dia tidak menyintai
tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya,
bukan hanya hadir dari kata-kata
tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Aku tahu hati seorang perempuan....
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu,
dia benar-benar maksudkannya.
Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Aku tahu hati seorang perempuan....
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu,
jangan percaya kata-katanya
kerana dia hanya mahu menguji kamu.
Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.
Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya.
Selagi dia dengan kamu, percayalah,
walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya
tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Aku tahu hati seorang perempuan....
Apabila perempuan menjadi degil,
dia bukan bermaksud untuk menjadi degil
tapi dia mahu melihat
sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya.
Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.
Andai kena caranya,
jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Aku tahu hati seorang perempuan....
Apabila perempuan berkata,
“Tolong tinggalkan saya!”,
dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya.
Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja.
Apabila dia kembali tenang,
percayalah dia akan mencari anda semula.
Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda.
Perempuan sukar untuk mengawal perasaan.
Dia terlalu emosional.
Tapi dialah yang paling menyayangi anda
dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.


Aku tahu hati seorang perempuan....
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu
dengan perbezaan yang tersendiri.
Tetapi sekiranya mereka saling memahami,
mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.
Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali.
Di sebalik air matanya,
tersimpan seribu satu kekuatan
yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.
Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah
tapi dia punya kekuatan tersendiri
yang bisa menggoncang dunia
dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.........

Tuesday, 22 May 2012

5 Hikmah Di Sebalik Ujian Dari Allah SWT


 Renung sejenak.......

1- Memiliki hati yang lebih kuat, sebab kesulitan akan menguatkan hati kita.

2- Sedar dengan segala kekurangan dan kesalahan sehingga kita bertaubat dan dosa kita diampuni.

3- Bebas dari bersifat ujub, kesulitan adalah teguran yang lebih mematangkan kita.

4- Supaya kita tidak lalai dan sentiasa ingat kepada Allah SWT.

5- Kesulitan atau kesusahan adalah latihan dari Allah SWT untuk kita memahami hakikat kesabaran

10 Perkara Memberi Pengajaran Didalam Kehidupan Kita


BUAT RENUNGAN BERSAMA

1.semasa kanak-kanak adalah ibarat taman hijau yang tumbuh darinya ratusan benih kecintaan, kemurnian jiwa dan belaian kasih sayang.

2.Seindah-indah jiwa adalah jiwa yang berurusan sesama insan dengan penuh kesucian dan keikhlasan.

3.Persahabatan sebenar adalah menyempurnakan kelakuan zahir, menyentuh dan bersalaman serta bercakap dengan hati.

4.Sesungguhnya airmata tidak boleh melupakan atau menghapuskan kepedihan.

5.Bunga mesti tumbuh dan mengembang serta senyuman mesti kekal diwajah.

6.Kepedihan adalah disaat perpisahan yang banyak tersirat peristiwa dan kenangan tetapi perpisahan di dunia hanya sementara.

7.Senyuman dan pandangan positif adalah ( pasport) memberi kebahgiaan kepada orang lain.

8.Kebahgiaan hati hakiki hanyalah berhasil dengan ketaatan dan keredhaan daripada Allah SWT.

9.Perpisahan dalam kehidupan adalah lumrah kehidupan samada dengan orang yang dikasihinya atau dengan orang yang kita benci, tetapi kenangan yang paling indah adalah kenangan manis, kata-kata yang membentuk kebenaran dan perjalanan hidup yang dipenuhi dengan keindahan.

10.Kematian tidak mengenali kecil atau dewasa, kaya atau fakir, maka bersedialah dengan sebaik-baik persediaan. Sesungguhnya umur itu pendek, pertambahan umur pun hanya sedikit sahaja sedangkan perjalanan yang akan kita lalui terlalu panjang.

Friday, 18 May 2012

Kasih anak pada Ibu



Apakah kita mampu melakukannya...pada ibu kita?
hebat kasih sayang  leleki ni...pada ibunya...
tanya lah pada diri sendiri...klu kita blk kg..
masa kita balik kebandar (rumah kita) adakah salam saja
atau kita salam dan peluk cium ibu kita.....
sayangi lah ibu kita...selagi ada....
untuk kita balas jasa baik ibu dan ayah kita...munkin x terbalas...
pada yang ada ibu dan ayah...berilah perhatian selagi mereka ada di dunia ini..
munkin esok...munkin 5th lagi....jgn mereka suadah tidak ada...barulah kita merinduinya.....

pada mereka yang sudah tidak ada ibu dan ayah...jgn lupa sedekahkn lah pada AL Fatihah setiap
kali lepas sembahyang.bukan hendak mengajar...kekadang kita lupa dgn kesibokan duniawi...
setiap hari mereka menunggu sedekah pahala dari anak-anaknya...siapa lagi kalau
bukan kita sebagai anaknya...suatu hari....kita juga akan alami...perkara yg sama....menunggu sedekah pahala
dari anak anak kita...Tuhan itu maha adil....

pepatah melayu pun ada megatakan...
masa didepan mata...buat tak tahu...
bila dah hilang...baru tercari-cari....

Thursday, 17 May 2012

sedetik lebih...


Renungan bersama



Bersyukurlah Dengan Yang Sedikit

Setiap saat kita telah mendapatkan nikmat yang banyak dari Allah, namun kita terus merasa kurang, merasa sedikit nikmat yang Allah beri. Allah beri kesihatan yang jika dibayar amatlah mahal. Allah beri umur panjang, yang kalau dibeli dengan seluruh harta kita pun tak akan sanggup membayarnya. Namun demikianlah diri ini hanya menggangap harta saja sebagai nikmat, harta saja yang dianggap sebagai rezeki. Padahal kesihatan, umur panjang, lebih dari itu adalah keimanan, semua adalah nikmat dari Allah yang luar biasa.

Syukurilah Yang Sedikit
Dari An Nu’man bin Basyir, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

“Barang siapa yang tidak mensyukuri yang sedikit, maka ia tidak akan mampu mensyukuri sesuatu yang banyak.” (HR. Ahmad, Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini hasan sebagaimana dalam As Silsilah Ash ShAhihah).

Hadits ini benar sekali. Bagaimana mungkin seseorang dapat mensyukuri rezeki yang banyak, rezeki yang sedikit dan tetap terus Allah beri pun sukar untuk kita syukuri? Bagaimana mahu disyukuri? Sedar akan nikmat tersebut saja mungkin tidak terbetik dalam hati.


Kita Selalu Lalai dari 3 Nikmat

Ibnul Qayyim rahimahullah mengatakan bahwa nikmat itu ada 3 macam.

1. Nikmat yang nampak di mata.

2. Nikmat yang diharapkan kehadirannya.

3. Nikmat yang tidak dirasakan.

fikir-fikirkan...

Aku syg kamu...


  • ada ketikanya insan yg kte sayang , membuatkan kte dalam keadaan teruji
  • ada ketikanya insan yg kte sayang , membuatkan kte terkeliru
  • ada ketikanya insan yg kte sayang , selalu membuatkan kte terluka
  • ada ketikanya insan yg kte sayang , semakin membuatkan kte terkilan
  • ada ketikanya insan yg kte sayang , membuat rasa sabar kte kian menipis
  • ada ketikanya insan yg kte sayang , mengguris hati kte hingga menitis airmata
  • namun kte tetap menyayangi dye..kerna APA?? kerna kte terima dye seadanya..



Buat renungan bersama . . .





Haaa....ni kisah benar dan menarik nih ! Baik korang semua baca !

Citer dia camni .....

Alkisah pada suatu masa, di sebuah hospital bersalin di Amerika. Maka ada
le dua orang ibu yang melahirkan sorang anak lelaki dan sorang lagi anak
pompuan. Masalahnya, kedua-dua ibu tadi, mengaku yang mereka melahirkan
anak lelaki tersebut ! Ni kes berebut anak lelaki le....

Oleh kerana mereka melahirkan pada waktu dan masa yang sama, maka timbul le
sedikit masalah bagi menentukan ibu yang sebenar bagi anak lelaki tersebut.
Pada waktu tersebut, tiada lagi ujian DNA. Maka doktor pakar dari Amerika
bertanya le pada kawan dia, sorang doktor dari mesir, macam mana nak
selesaikan masalah tersebut. Dia orang dah buat ujian darah dah, malangnya,
kedua-dua ibu tersebut mempunyai kumpulan darah yang sama. Lagi rumit
masalah tersebut!

Maka doktor Amerika tu tanya le doktor dari mesir, macam mana nak
selesaikan masalah ni, sebab dia dengar orang kata Islam dan Al-Quran ni
agama yang sempurna, dan setiap masalah ada penyelesaiannya di dalam
Al-Quran. Maka terkedu le doktor dari mesir tuh! Nak tak nak, doktor dari
mesir tu, ajak doktor Amerika tu berjumpa dengan sorang kawannya, iaitu
seorang ulama terkenal dari mesir. Maka ulama dari mesir tu tanya le apa
masalahnya. Setelah diceritakan segalanya, maka ulama mesir tersebut
tersenyum. Ulama mesir tadi suruh diperah susu kedua-dua ibu yang
melahirkan anak tadi! Dan dibuat ujian tentang kandungan kalsium, zat
galian dan sebagainya! Setelah selesai ujian, mereka diminta membawa
keputusan ujian dan berjumpa semula dengan ulama tersebut.
Setelah dapat keputusan ujian, maka mereka pun bertemu semula dengan ulama
tersebut. Nak tau apa keputusannya ? Salah satu dari susu ibu tersebut,
mengandungi 2 kali ganda bahan-bahan seperti kalsium, zat galian dan
apa-apa yang sepatutnya berada di dalam susu ibu. Maka ulama mesir tersebut
berkata, ibu yang mempunyai susu yang mempunyai bahan-bahan 2 kali ganda
itulah ibu sebenar kepada anak lelaki tersebut ! Maka doktor amerika tadi
bertanya, apa buktinya di dalam Al-Quran, maka ulama mesir memberitahu
bahawa, bahagian untuk anak lelaki itu adalah 2 kali ganda dari anak
perempuan, begitu jugalah dalam soal pembahagian harta pusaka. Jadi, oleh
kerana itu adalah hukum Allah, susu ibu juga merupakan 'harta', maka untuk
anak lelaki, adalah 2 bahagian, berbanding untuk anak perempuan !