Tuesday, 11 February 2014

7 Kalimah Jadikan Amalan Harian





Sabda Rasulullah S.A.W :

“Barang siapa hafal tujuh kalimah ini, ia akan dipandang mulia di sisi Allah dan malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih di laut.”

1. Mengucapkan Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2. Mengucapkan Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu
 
3. Mengucapkan Astagfirullah jika lidah terselip perkataan yang tidak patut.
     "Aku memohon ampun kepada Allah" Rasululah s.a.w bersabda yang bermaksud :
    Sesiapa yang sentiasa beristighfar maka Allah akan menjadikannya setiap kesusahan
    itu ada jalan keluar dan pada kesempitan ada cara mengatasinya serta memberi rezeki
    padanya daripada sumber yang tidak disangka-sangka."Riwayat Abu Daud"

4. Mengucapkan InsyaAllah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.

5. Mengucapkan La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.

6. Mengucapkan Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah.

7. Mengucapkan La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang dan malam sehingga tak terpisah dari lidahnya .

Dari tafsir Hanafi, mudah-mudahan ingat, walaupun lambat-lambat mudah-mudahan selalu, walau sambil lalu mudah-mudahan jadi bisa, karana sudah biasa.

p/s : Amalkan 7 kalimah ini dalam kehidupan seharian kita,mudah-mudahan akan menjadi bekalan di alam barzakh dan akhirat kelak.Setiap yang baik itu pasti ada ganjaran yang disediakan oleh Allah. Wallahualam.

Marilah kita saling ingat memperingati antara saudara sesama Islam.


Allah S.W.T berfirman : “Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebaikan dan menyuruh kepada makruf dan mencegah dari yang mungkar, mereka itulah orang-orang yang beruntung.“(Ali Imran : 103-104)





Sunday, 9 February 2014

KHASIAT BUNGA CENGKIH.



KHASIAT BUNGA CENGKIH.

1 Menguatkan Paru Paru dan sistem pernafasan.

2. Menguatkan jantung

3. Kesihatan Mata

4. Ketahanan Gigi

5. Menguatkan Ingatan

6 Menghilangkan Sakit Gigi
Cara nya : Sakit Gigi - Giling halus beberapa kuntum bunga cengkih, bunga lawang, asam gelugur, halia dan lada. Sumbatkan pepesan tersebut ke dalam gigi yang lubang. Keredaan sakit gigi akan beransur pulih. Boleh di kunyah bersama halia

7 Menghilangkan rasa mual dan pening
Caranya : Kemam atau hisap bunga cengkih dan mamah sedikit dengan kemenyan putih

8 Menghilangkan Bau Mulut
Caranya : Ambil sekuntum bunga cengkih hidup atau yang telah kering dan kunyah, nafas anda akan berbau harum atau tumbuk lumat sepuluh kuntum bunga cengkeh dan tiga ulas bawang putih kemudian gosokkan kepada gigi dan berkumur hingga bersih lakukannya tiga hari sekali

9 Menghilangkan Bau Peti Sejuk
Cara nya: Untuk menghilangkan bau yang kurang enak, masukkan segelas kecil bunga cengkih kedalamnya selain daripada seketul arang kayu.

10 Radang Hati
Cara nya : Minum susu kambing yang dicampur dengan bunga cengkih dan madu asli. Susu tersebut hendaklah dipanaskan setiap pagi dan petang.

11 Selsema
Caranya :Rebuskan jus halia, bunga cengkih, kulit kayu manis dan lada sulah dengan sukatan sama banyak (satu sudu besar) kedalam 1liter air. Minum air rebusan tersebut ketika masih suam.

12 Sembelit
Caranya : Buah manjakani, buah pala, bunga lawang dan bunga cengkih digiling halus kesemuanya. Bahagikan kepada tiga bahagian sama banyak. Minum sebanyak tiga pagi bersama air suam yang dicampurkan dengan madu dan telur ayam.

13 Mengelak Semut
Cara : Masukkan beberapa kuntum bunga cengkih ke dalam bekas berisi gula bagi mengelakkan semut. Semut akan hilang dan gula berbau harum.

14 Zahir Batin -
  Masakkan bunga cengkih dengan minyak zaitun dan biarkan sejuk. Sapu dan urutkan minyak tersebut pada alat kelamin lelaki beberapa ketika sebelum bersetubuh. Hasilnya kelazatan yang tidak terhingga serta mempercepatkan inzal wanita.

 p/s : No 14 nii kena cuba yg lain x nak cuba pun x pe....hehehe..mesti bini syg gilarrr.....
         klu laki x tau tolong buatkn...pong boleyyy...x de salahnya...together

SELAMAT MENCUBA !


Friday, 7 February 2014

Fadhilat doa/tasbih Nabi Yunus a.s.



Sabda Rasulullah SAW maksudnya :
“Barangsiapa mempunyai apa-apa hajat, hendaklah ia berwuduk, kemudian sujud kepada Allah, sambil membaca tasbih Nabi Yunus sebanyak 40 kali dengan cara jari telunjuknya menghadap ke arah kiblat ketika ia sujud. Sesungguhnya sesiapa yang berbuat demikian akan diperkenankan doa dan permintaannya.”

Sabda Rasulullah SAW maksudnya :
“ Sesungguhnya aku ketahui satu kalimah yang apabila dibaca oleh mereka-mereka yang ditimpa bala atau kesusahan, Allah akan lepaskan si pembacanya dari kesusahan. Kalimah tersebut ialah tasbih saudaraku Nabi Yunus a.s.

“ La ilaha illa anta subhaanaka inni kuntu minazzholimiin.”
(Tidak ada tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau. Sungguh aku termasuk orang-orang yang zalim.)

Walaubagaimanapun doa hendaklah seiring dengan usaha kerana itu fitrah manusia dan apabila berdoa beserta dengan sedikit usaha insyaallah kita akan terselamat dari sesuatu malapetaka dari menjadi lebih teruk lagi.